PETALING JAYA: Pelaksanaan Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) dilihat sebagai usaha membudayakan koperasi dalam kalangan masyarakat bagi menangani masalah kos sara hidup yang semakin tinggi, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata pihaknya berhasrat agar lebih banyak koperasi ditubuhkan terutama dalam kalangan B40, Orang Kurang Upaya, miskin bandar, masyarakat luar bandar dan pedalaman serta Orang Asli atau Orang Asal bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat.
"Selain itu penyertaan dalam kalangan profesional, belia dan penjawat awam juga amat penting memandangkan golongan ini dapat bertindak sebagai penyumbang idea dan pandangan dalam memastikan gerakan koperasi berkembang dinamik dan kekal relevan dengan perkembangan sosioekonomi negara.
"Saya amat yakin, dengan adanya penyertaan segenap lapisan masyarakat, ia dapat mencorak masa depan gerakan koperasi yang lebih cemerlang," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Program MASKOP bersama Co-op Bank Pertama di sini pada Selasa.
Ewon berkata bagi koperasi penjawat awam, antara contoh yang berjaya adalah Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad, yang menjalankan aktiviti kredit, Ar Rahnu, stesen minyak, kedai runcit dan sebagainya dengan keanggotaan seramai 3,914 orang.
"Pada 2022, koperasi ini berjaya menjana pendapatan sebanyak RM49.2 juta dan tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Ewon berkata setakat ini jumlah penyertaan masyarakat dalam gerakan koperasi dijangka terus meningkat susulan kesedaran berhubung kepentingan sektor tersebut sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan melalui beberapa program lain.
"Antara usaha sedang dilakukan kerajaan adalah melalui program MASKOP dengan kerjasama beberapa badan seperti Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan terbaharu bersama Co-op Bank Pertama (CBP) yang dilancarkan hari ini.
"Saya amat yakin dengan adanya program seperti ini maka bilangan itu sepatutnya bertambah, tetapi harus diakui juga bahawa terdapat koperasi-koperasi yang sekian lama tidak aktif dan telah diusahakan untuk diaktifkan semula," katanya.
Katanya laporan berhubung jumlah keseluruhan peningkatan serta prestasi program MASKOP tahun ini akan dibuat selepas 31 Dis dan akan dibentangkan selewat-lewatnya pada Februari tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Ewon (dua, kanan) menyempurnakan perasmian program MASKOP bersama CBP di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, 21 Nov 2023. Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami (dua, kiri). --fotoBERNAMA
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Kerjasama antara koperasi cipta peluang pendapatan kepada usahawan kecil - Ewon
Ia juga selaras dengan usaha kementerian itu membangunkan jaringan komunikasi antara pengusaha mikro, kecil dan sederhana.
Gerakan koperasi membangun pesat hasil kerjasama pelbagai agensi - Ewon
Gerakan koperasi negara membangun pesat hasil kerjasama erat KUSKOP dengan pelbagai agensi antaranya SKM, IKMa dan ANGKASA.
ANGKASA mahu media terus salur maklumat kebaikan berkoperasi - Abdul Fattah
Gerakan koperasi memainkan peranan penting kepada ekonomi rakyat dan pembangunan sosioekonomi negara, seiring dengan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030.
Gerakan koperasi bantu tangani masalah kos sara hidup - Ewon
Ewon berkata, lebih banyak koperasi perlu ditubuhkan terutama dalam kalangan B40, OKU, miskin bandar bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat.
KPF sumbang RM1 bilion kepada perniagaan koperasi tahun lalu
Jumlah keseluruhan sumbangan perniagaan koperasi kepada ekonomi negara tahun lalu adalah RM46.5 bilion.
Koperasi diingat laksana audit
Kegagalan mematuhi perkara itu akan menyebabkan koperasi hilang kelayakan untuk mendapatkan kemudahan yang ada di bawah SKM.
15,315 koperasi berdaftar di Malaysia, perolehan cecah RM45.5 bilion
Berdasarkan data Suruhanjaya Koperasi Malaysia, sehingga 31 Disember 2022, jumlah keanggotaan koperasi melebihi 7.3 juta.
Perak galak masjid tubuh koperasi, manfaat kepada ahli kariah
Dana atau saham yang dikutip boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan yang dapat memberi manfaat kepada ahli.
SKM saran koperasi ceburi bidang agromakanan
Kementerian Pembangunan dan Koperasi menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi membiayaai koperasi yang berminat.
Ewon saran koperasi ceburi aktiviti perniagaan francais
Koperasi berminat boleh berhubung dengan kementerian atau Pernas untuk mengetahui kemudahan pembiayaan yang telah disediakan.