Parti Gerakan tidak akan merebut kerusi DUN Kajang malah akan menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan Barisan Nasional (BN).

Presiden Gerakan Dato' Mah Siew Keong berkata, pihaknya sudah menubuhkan jawatankuasa sebagai permulaan awal menjelang pilihan raya kecil tersebut.

Jelas Siew Keong, pihaknya akan bekerja lebih keras bagi menjamin kerusi N25 itu menjadi milik BN.

Pada masa sama, beberapa program juga sudah dirancang dan bakal bermula dalam tempoh seminggu dua lagi.

Secara tradisinya, kerusi DUN Kajang ditandingi wakil MCA.

Kerusi itu kosong setelah wakil rakyatnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu.

Ekoran pengosongan kerusi itu yang membuka jalan bagi satu pilihan raya kecil diadakan, PKR pada pada 28 Januari menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi tersebut.

Pada PRU-13 lalu, Chin Cheh menewaskan Lee Ban Seng dari BN dengan majoriti 6,824 undi.