Skip to main content

Malaysia

Giliran beruang betina masuk perangkap

71599288171_BeruangMatahari.jpg
Seekor lagi beruang matahari yang merosakkan tanaman dan menceroboh kediaman penduduk di Kampung Jenang, di sini berjaya ditangkap.

Beruang betina seberat  70 kilogram itu  dikesan memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sekitar pukul 5 pagi Sabtu.

Menurut seorang penduduk, Zulkefli Endut, gangguan binatang itu sejak dua minggu lalu menyebabkan mereka sering dilanda kebimbangan bukan sahaja tanaman dirosakkan, bahkan binatang itu juga sering berkeliaran di sekitar rumah.

Katanya, susulan pencerobohan beruang itu juga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian lebih RM1,000 selepas pokok kelapa dirosakkan.

“Dalam dua minggu ni saya dikejutkan dengan (pencerobohan) dua ekor beruang yang telah merosakkan tanaman iaitu kelapa di sekitar kawasan rumah.

“(Beruang) juga masuk ke dalam rumah (meneybabkan) saya bimbang (keselamatan) pada keluarga anak-anak bila saya pergi bekerja, dia orang (keluarga) tinggal di rumah jadi (sedangkan) beruang itu berkeliaran di kawasan rumah,” katanya.

Sementara itu Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr  Abdul Malek Mohd Yusof  ketika dihubungi mengesahkan tangkapan kedua itu.

Katanya, beruang matahari atau nama saintifiknya helarctos malayanus yang dianggarkan berusia lapan tahun itu akan dihantar ke Taman Negara Terengganu.

Pada Jumaat, seekor beruang jantan seberat 70 kilogram yang memusnahkan tanaman penduduk berjaya ditangkap di kampung berkenaan kira-kira pukul 2 pagi.

BACA: Beruang jantan 70kg masuk perangkap, pasangan betina terlepas

Advertisement

Must Watch Video