awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GISB: Jumlah kanak-kanak diselamatkan kini 662 orang - Fahmi

Bernama
Bernama
08/10/2024
10:09 MYT
GISB: Jumlah kanak-kanak diselamatkan kini 662 orang - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini.
"..kita tidak bincang perkara lain seperti isu fatwa di peringkat negeri, sama ada ajaran dibawa kumpulan ini sesat atau tidak. Boleh rujuk kepada fatwa daripada mufti," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu berkaitan GISBH Holdings Sdn Bhd dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GISB
#kanak-kanak diselamatkan
#operasi pihak berkuasa
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan