awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GLC perlu bayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta setahun kepada kerajaan sabah - Hajiji

Bernama
Bernama
28/03/2022
10:08 MYT
GLC perlu bayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta setahun kepada kerajaan sabah - Hajiji
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Sabah perlu membayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta setiap tahun kepada kerajaan negeri itu mulai tahun ini, menurut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Sabah perlu membayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta setiap tahun kepada kerajaan negeri itu mulai tahun ini, menurut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata langkah sedemikian akan membantu meningkatkan tabung negeri dan membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat.
"Kerajaan negeri tidak akan bergantung semata-mata kepada GLC untuk mengisi tabung negeri. Kami memerlukan kedatangan pelabur.
"Apabila pelabur masuk dan membawa wang untuk menjalankan projek mereka, ini akan mencipta impak (positif) yang serta-merta kepada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hajiji berkata antara perkara yang digariskan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) atau rangka tindakan pembangunan Sabah adalah untuk mewujudkan dasar mesra pelabur.
"Dalam tempoh satu setengah tahun sejak pelancaran SMJ, kita telah menarik lebih 10 syarikat untuk datang melabur di Sabah," katanya.
Beliau berkata, melalui SMJ, Sabah telah mencapai kemajuan yang besar dalam membina ekonominya, dan ini dibuktikan apabila negeri itu mencatatkan perolehan sebanyak RM5.44 bilion tahun lepas, sekali gus yang terbesar dalam sejarahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GLC
#GLC Sabah
#syarikat berkaitan kerajaan
#Ketua Menteri
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan