KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wakil syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan telah memeriksa secara fizikal ke atas 11,991 unit barang kemas yang disimpan di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).
Barang kemas itu antara pelbagai barangan yang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018, yang didakwa berkaitan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin hari ini.
"Dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam dan wakil syarikat Global Royalty hadir untuk menjalankan pemeriksaan secara fizikal bermula 25 Okt sehingga 3 Nov lepas.
"Namun, peguam-peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu mahkamah bahawa anak guam mereka tidak dapat hadir dan melepaskan hak (forego) untuk pemeriksaan barang kemas itu. Ini kerana Datin Seri Rosmah perlu ke Singapura untuk melawat anak perempuannya manakala Datuk Seri Najib terlibat dalam tugasnya di Parlimen," kata Faten Hadni.
Sementara itu, peguam Datuk David Gurupatham yang mewakili Global Royalti berkata pemeriksaan fizikal itu dilakukan oleh ejen syarikat barang kemas tersebut, Kelvin Chai berikutan pemilik syarikat berkenaan, Samer Halimeh tidak dapat memasuki Malaysia berikutan pandemik COVID-19.
Peguam Azamuddin Abd Aziz dan Nur Syahirah Hanapiah yang mewakili Najib dan Rosmah turut mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa mahkamah telah menetapkan 22 Nov untuk pengurusan kes selanjutnya.
Najib, Rosmah dan Samer merupakan pihak ketiga ingin menuntut barang kemas, dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings yang dimiliki Tan Sri Bustari Yusof.
Pada 25 Julai tahun lepas, Najib dan Rosmah telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.
Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.
Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dengan skandal dana 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Najib, Rosmah dan Samer merupakan pihak ketiga ingin menuntut barang kemas, dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings yang dimiliki Tan Sri Bustari Yusof. - Gambar fail
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Global Royalty mohon kes barang kemas Rosmah diputuskan tanpa bicara
Global Royalty Trading SAL memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya kes tuntutan 43 barang kemas bernilai RM67.5 juta membabitkan Rosmah diputuskan melalui penghakiman terus.
Kes lucut hak: Rosmah, Global Royalty tuntut rantai tangan berlian, Najib 7 utas jam tangan
Sebelum ini, pasukan peguam Rosmah memohon gambar barang kemas yang dirampas untuk memudahkan tuntutannya.
Global Royalty periksa 11,991 unit barang kemas, Najib dan Rosmah tak dapat hadir
Mahkamah diberitahu bahawa wakil syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan telah memeriksa secara fizikal ke atas 11,991 unit barang kemas yang disimpan di Bank Negara Malaysia.
Rosmah nafi beli barang kemas daripada syarikat Lubnan
Rosmah, isteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan demikian dalam pernyataan pembelaan beliau yang difailkan menerusi firma guaman Messrs Geethan Ram di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.