awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Global Sumud Flotilla: Malaysia tidak akan berkompromi dengan kezaliman Israel - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
02/10/2025
04:18 MYT
Global Sumud Flotilla: Malaysia tidak akan berkompromi dengan kezaliman Israel - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menegaskan tindakan Israel itu jelas memperlihatkan wajah sebenar rejim penjajah yang tidak menghormati undang-undang, nyawa manusia, dan sanggup menindas usaha kemanusiaan. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengecam keras tindakan Israel menyekat misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza yang membawa sukarelawan serta bekalan penting untuk rakyat Palestin.

Ringkasan AI
  • Ahmad Zahid mengecam keras tindakan Israel menyekat misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa.
  • Beliau menegaskan keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat adalah keutamaan kerajaan dan Malaysia akan menggunakan semua saluran sah untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan.
  • Malaysia terus berdiri teguh bersama Palestin, dengan doa dan sokongan penuh kepada sukarelawan yang menghadapi cabaran besar dalam misi kemanusiaan ini.

Beliau menegaskan tindakan Israel itu jelas memperlihatkan wajah sebenar rejim penjajah yang tidak menghormati undang-undang, nyawa manusia, dan sanggup menindas usaha kemanusiaan.
"Dunia sekali lagi menyaksikan wajah sebenar Israel sebagai sebuah rejim penjajah yang tidak menghormati undang-undang, tidak menghormati nyawa, malah sanggup menindas misi bantuan Global Sumud Flotilla ke Gaza.
"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan ini," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, kapal-kapal terbabit sepatutnya membawa simbol solidariti, kasih sayang dan harapan dunia terhadap Palestin, namun sebaliknya berdepan intimidasi, kekerasan serta paksaan oleh rejim Israel.
"Tindakan Israel bukan sahaja kezaliman terhadap rakyat Gaza, tetapi juga penghinaan terhadap suara kemanusiaan sejagat," katanya.
Beliau menegaskan Malaysia akan terus menggunakan segala saluran sah bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya berkaitan keselamatan warganegara Malaysia yang menyertai misi itu.
"Keselamatan rakyat adalah keutamaan, dan dalam hal ini kerajaan tidak akan berkompromi," tegasnya.
Ahmad Zahid berkata beliau mengikuti rapat perkembangan misi sejak awal, termasuk berhubung secara langsung dengan sukarelawan kemanusiaan dari Malaysia.
"Saya tahu dugaan mereka amat besar dan cabaran yang dihadapi tidak mudah. Namun doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa bersama mereka. Semoga Allah SWT melindungi serta mengurniakan kekuatan untuk mereka meneruskan misi mulia ini," katanya.
Ahmad Zahdi berkata Malaysia akan terus berdiri teguh bersama Palestin sehingga keadilan dan kebebasan mutlak menjadi milik rakyat negara itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Global Sumud Israel
#Zahid Hamidi
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami