awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gobind sedang teliti kejadian libatkan sistem komunikasi menjelang PRU14

Bernama
Bernama
27/05/2018
07:01 MYT
Gobind sedang teliti kejadian libatkan sistem komunikasi menjelang PRU14
GOBIND: Saya telah meminta laporan tentang beberapa insiden itu daripada kementerian saya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Beberapa kejadian seperti serangan BOT terhadap telefon bimbit semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas serta laporan tentang arahan tertentu yang didakwa dikeluarkan bagi melakukan sekatan terhadap portal dalam talian pada malam hari mengundi, menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Turut menjadi perhatian beliau ialah pencerobohan terhadap data peribadi yang dilapor menjejaskan berpuluh juta pelanggan telefon bimbit.
"Saya telah meminta laporan tentang beberapa insiden itu daripada kementerian saya," kata Gobind dalam catatan melalui Facebook dan Twitternya.
Beliau berkata ia termasuk aduan berkaitan panggilan spam daripada nombor tidak dikenali kepada telefon ahli politik daripada kedua-dua pihak pada hari mengundi, yang dikatakan telah menghalang mereka untuk berkomunikasi dengan jentera pilihan raya masing-masing.
Menurut Gobind, beliau akan mengkaji semula peruntukan tertentu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta memberi pertimbangan terhadap cadangan agar peruntukan berkenaan dipinda.
"Saya sedia menerima cadangan daripada semua pihak tentang perkara ini dan saya akan menghubungi En Eric Paulsen dari Lawyers for Liberty dan Majlis Peguam untuk berbincang mengenainya,"' kata beliau.
Menurut laporan, Lawyers for Liberty meminta menteri berkenaan menyiasat salah laku yang didakwa dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan memastikan suruhanjaya itu bertanggungjawab terhadap perbuatan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#data peribadi
#Gobind Singh Deo
#laporan
#Malaysia Baharu
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#pecerobohan
#pilihan raya umum
#PRU14
#serangan BOT
#sistem komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan