awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan belia penyumbang terbesar masalah penagihan dadah di Pahang

Bernama
Bernama
25/11/2016
08:58 MYT
Golongan belia penyumbang terbesar masalah penagihan dadah di Pahang
Statistik tahun lepas merekodkan peningkatan sebanyak 8.8 peratus iaitu meningkat kepada 4,268 penagih berbanding 3,922 pada tahun sebelumnya. - Gambar hiasan
Golongan belia berumur antara 19 hingga 39 tahun merupakan penyumbang terbesar kepada masalah penagihan dadah di Pahang berdasarkan statistik tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata seramai 4,268 penagih telah dikesan di negeri ini tahun lepas dan daripada jumlah itu sebanyak 3,392 orang atau 79 peratus adalah belia.
"Golongan remaja pula menyumbang sebanyak 2.23 peratus atau seramai 46 orang dalam masalah penagihan dadah di negeri ini," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Kadri Wan Mahussin (BN-Bukit Ibam) mengenai jumlah penagih di negeri ini selain peruntukan disediakan kerajaan bagi memastikan keberkesanan usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah itu.
Beliau menjawab soalan itu bagi pihak Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Mohd Sharkar berkata trend penagihan dadah di negeri ini amat membimbangkan apabila statistik tahun lepas merekodkan peningkatan sebanyak 8.8 peratus iaitu meningkat kepada 4,268 penagih berbanding 3,922 pada tahun sebelumnya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri telah memberikan peruntukan sebanyak RM120,950 setakat ini kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang bagi memastikan keberkesanan langkah membanteras kegiatan salah guna bahan terlarang itu.
"Sebanyak RM491,720 lagi adalah peruntukan daripada kerajaan persekutuan kepada AADK negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#Adnan Yaakob
#Belia
#Dadah
#Pahang
#penyalahgunaan dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan