KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengingatkan golongan berisiko supaya tidak terdedah terlalu lama pada cuaca panas dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri ini bagi mengelak strok haba.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, golongan warga emas, mereka yang mempunyai penyakit dan kanak-kanak berisiko terdedah kepada strok haba.
"Pada hari raya ini sudah pasti ada banyak aktiviti luar berlaku terutama melibatkan kanak-kanak, jadi kita mohon semua orang beringat mengenai keadaan cuaca panas ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Justeru beliau berkata, ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Menurutnya, pendedahan kepada cuaca panas dalam jangka masa lama boleh menyebabkan suhu badan meningkat, pening atau sakit kepala, mual serta keletihan yang melampau.
Dr Zaini berkata sebagai langkah pencegahan kes berkenaan, JKNK memberikan penerangan melalui media sosial selain memaparkan klip video di klinik-klinik kesihatan daerah mengenai bahaya strok haba.
Jumaat lepas, Agensi Pengurusan Bencana Negara memaklumkan satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan berlaku melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun di Kelantan, menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
Pendedahan kepada cuaca panas dalam jangka masa lama boleh menyebabkan suhu badan meningkat, pening atau sakit kepala, mual serta keletihan yang melampau. - Gambar hiasan Bernama
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu rekod lima kes strok haba, kelesuan haba
Sebanyak tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba dilaporkan berlaku di Terengganu setakat bulan lepas.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang
Orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti luar sekiranya cuaca terlalu panas, selain pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
Golongan berisiko diingat elak terdedah terlalu lama pada cuaca panas ketika beraya
Golongan warga emas, mereka yang mempunyai penyakit dan kanak-kanak berisiko terdedah kepada strok haba.
Masyarakat jangan ambil mudah strok haba - Pakar kesihatan
Masyarakat diminta sentiasa peka dan tidak mengambil mudah dengan risiko strok haba berikutan fenomena El-Nino yang boleh membawa maut.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 April 2024.