IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang mengesan penduduk yang menjadi miskin secara mengejut, akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan wabak COVID-19 bagi menyampaikan bantuan diperlukan demi kelangsungan hidup mereka.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, MBI sedang memberi fokus terhadap golongan terbabit, selepas pihaknya mengesan peningkatan keluarga yang terjejas pendapatan akibat kehilangan pekerjaan dan perniagaan milik mereka, yang tidak dibenarkan beroperasi ketika ini.
"Fokus sekarang ini kita banyak difokuskan kepada golongan miskin mengejut bandar, yang kita terima laporan yang mana dahulu dia ada kerja dengan pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, tetapi kini tiada pendapatan malah perlu membayar wang pinjaman kereta, sewa rumah dan sebagainya.
"Dalam fokus ini, kita akan menyampaikan bantuan segera kepada mereka, sekurang-kurangnya kita tidak mahu dengar di bandar raya Ipoh, ada yang terputus bekalan makanan dan kita juga sedang fikirkan bantuan lain yang boleh diberikan," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah golongan yang jatuh miskin secara mengejut akibat PKP dan penularan wabak COVID-19 itu, namun percaya mereka masih ada dan tinggal di pusat bandar raya ini berdasarkan laporan yang diterima pihaknya.
Rumaizi berkata, pihaknya sedang meneliti beberapa bentuk bantuan lain termasuk sumbangan bagi anak-anak keluarga terjejas, yang memerlukan peralatan gajet menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), serta bantuan kepada mereka yang mempunyai masalah membayar sewa rumah, dalam usaha menyelamatkan penduduk daripada menjadi gelandangan.
Terdahulu, sebanyak 125 pek makanan kering dan basah di bawah program MBI Prihatin, disampaikan kepada wakil peniaga Gerbang Malam di hadapan Dewan Mesyuarat MBI, yang disaksikan Pengerusi Kebajikan Usahawan Gerbang Malam (PKUGM) Ahmad Irwan Othman.
Ahmad Irwan berkata, para peniaga Gerbang Malam terpaksa akur dengan arahan yang masih tidak membenarkan mereka menjalankan perniagaan, walaupun Perak sudah memasuki Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam PPN.
"Ramai peniaga terpaksa menjalankan perniagaan lain bagi menampung kos sara hidup, termasuk saya sendiri yang menjual makanan dan air minuman, kerana tidak boleh mengharapkan jualan dalam talian semata-mata. Selain menjual makanan, ada juga peniaga yang menjadi penghantar makanan.
"Bagaimanapun, bukan semua peniaga mampu menjalankan perniagaan lain, kerana ada juga peniaga berusia yang kurang mahir untuk membuat jualan dalam talian," katanya.
Beliau berkata, Gerbang malam yang merupakan salah satu tarikan popular di bandar raya Ipoh, yang lazimnya menjadi tumpuan orang ramai dari dalam dan luar negeri, kini menjadi sunyi dan lengang tanpa kehadiran pengunjung dan pelancong dan mengharapkan untuk dapat kembali beroperasi dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 06 2021
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Persatuan Kebajikan Usahawan Gerbang Malam, Ahmad Irwan Othman pada Majlis Penyampaian Sumbangan Barangan Makanan di Majlis Bandaraya Ipoh hari ini. - Foto BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Parlimen: Pengenalan cukai kepada T15 bukan alasan label 'Belanjawan Robin Hood'
Lim Guan Eng berkata, ia sebenarnya usaha kerajaan menangani kesenjangan dan mengurangkan ketidaksaksamaan.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Umat Islam rai sambutan Aidiladha dalam bayangan perang Gaza
Umat Islam di kebanyakan tempat di dunia mula menyambut Aidiladha pada Ahad, di tengah-tengah perang dahsyat yang berterusan di Semenanjung Gaza.
Belanjawan 2023: Noktah miskin tegar, kerajaan bantu 130,000 rakyat termiskin
Dalam usaha menoktahkan golongan miskin tegar, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 130,000 rakyat paling susah akan diberi bantuan.
Kerajaan akan pastikan inisiatif kemampanan tidak jejas kepentingan golongan miskin, PMKS - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kementeriannya menyedari bahawa pembiayaan hijau boleh menjadi pemangkin untuk memajukan pembangunan hijau.
Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 lestarikan hala tuju bantu golongan asnaf
MAIWP telah menggariskan pelbagai inisiatif menerusi Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf.
Wujudkan sistem bantuan sosial dengan konsep subsidi silang - Penganalisis
Orang kaya menyumbang menerusi kutipan cukai lebih daripada orang miskin, dilaburkan dan hasilnya dimanfaatkan bersama secara saksama oleh golongan yang memerlukan.
Pusat zakat, Baitulmal perlu lebih aktif kesan golongan miskin bandar
Pusat pungutan zakat dan Baitulmal perlu memainkan peranan lebih aktif dalam membantu mengesan individu yang memerlukan, sekali gus mengurangkan golongan miskin bandar di negara ini.
Bank Dunia gesa Malaysia teruskan bantuan pendapatan untuk enam bulan lagi
Kerajaan perlu meneruskan langkah-langkah bantuan pendapatan sedia ada yang melibatkan golongan sasar seperti kumpulan miskin dan rentan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi.
Pengeluaran KWSP akibatkan simpanan keluarga kurang RM10,000
Xavier berkata, kerajaan perlu lihat kesan terhadap situasi kewangan negara bagi sebarang bentuk kemudahan yang dilaksanakan pada masa depan.