Google Discover uji tajuk janaan AI gantikan tajuk asal

Model AI akan mengimbas kandungan daripada beberapa sumber sebelum menjana satu tajuk yang dianggap sesuai. -Gambar fail
GOOGLE Discover ialah ciri yang tersedia pada peranti Android dan halaman tab baharu Chrome, yang memaparkan pautan kandungan disesuaikan mengikut minat serta sejarah bacaan pengguna.
Google kini dilihat meneruskan ujian penggunaan tajuk janaan kecerdasan buatan (AI) bagi menggantikan tajuk asal sesuatu pautan yang diliputi meluas oleh pelbagai penerbit.
Model AI akan mengimbas kandungan daripada beberapa sumber sebelum menjana satu tajuk yang dianggap sesuai.
Google sebelum ini menyatakan bahawa ujian tersebut menunjukkan tahap kepuasan pengguna yang tinggi, dan beberapa laporan antarabangsa turut mengesahkan syarikat itu beralih daripada fasa eksperimen kepada ciri kekal.
Langkah itu juga dikatakan mampu memastikan tajuk yang dipaparkan pada Google Discover lebih tepat serta bebas daripada elemen umpan klik.
Setakat ini, ciri berkenaan masih belum kelihatan pada kebanyakan peranti di Malaysia.
Pengguna boleh memeriksa sama ada tajuk sesuatu pautan telah digantikan dengan versi janaan AI ketika melayari Google Discover pada peranti masing-masing. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


