GADGETS
Google Earth papar imej permukaan bumi seawal era 1930-an

Google Earth kini menawarkan imej permukaan bumi dari udara seawal tahun 1930-an untuk beberapa bandar utama. -Amanz
GOOGLE Earth sudah beroperasi sejak 2001 dengan ia memberikan pandangan satelit permukaan bumi secara percuma.
Ringkasan AI
- Google Earth kini menawarkan imej permukaan bumi dari udara seawal tahun 1930-an untuk beberapa bandar utama.
- Pengguna boleh melihat perubahan bumi dalam tempoh empat dekad, bermula dari imej satelit tahun 1984.
- Peta Google Street View telah dikemas kini di 80 negara dan akan boleh diakses dalam masa beberapa minggu melalui aplikasi Android, iOS, dan versi web.
Gambar beberapa bandar raya utama yang diambil menggunakan kapal terbang kini boleh diakses menerusi penuras terbina Google Earth.
Kesemua imej satelit permukaan bumi pula boleh diakses dengan imej terawal daripada tahun 1984.
Dengan ini pengguna boleh melihat sendiri perubahan bumi dalam tempoh empat dekad menggunakan ciri Timelapse.
Turut dikemas kini ialah peta Google Street View di 80 negara seperti Australia, Argentina, Brazil, Costa Rica, Denmark, Perancis, Iceland, Jepun, Mexico, New Zealand, Filipina, Rwanda, Serbia, dan Switzerland.
Kesemua ciri yang diumumkan semalam akan boleh diakses menerusi Google Earth pada aplikasi Android, iOS dan juga versi web dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami