awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google, Epic Games setuju selesai kes saman dengan kurangkan bayaran Play Store

Amanz
Amanz
06/11/2025
04:00 MYT
Google, Epic Games setuju selesai kes saman dengan kurangkan bayaran Play Store
Google dan Epic Games menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah dengan Google bersetuju untuk mengurangkan potongan bayaran kepada 9% atau 20% bagi setiap transaksi aplikasi. -Foto Amanz
GOOGLE dan Epic Games memulakan tindakan undang-undang antara satu sama lain lima tahun lalu selepas permainan Fortnite dikeluarkan daripada Play Store kerana memperkenalkan sistem pembayaran alternatif yang memintas mekanisme pembayaran Google.

Ringkasan AI
  • Mahkamah mendapati Google menjalankan perniagaan secara monopoli, memaksa syarikat itu membuka Play Store kepada stor aplikasi pihak ketiga.
  • Google dan Epic Games menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah dengan Google bersetuju untuk mengurangkan potongan bayaran kepada 9% atau 20% bagi setiap transaksi aplikasi.
  • Pembangun aplikasi diberi kebenaran untuk menampilkan sistem pembayaran alternatif di dalam aplikasi, serta pengguna tidak lagi menerima amaran keselamatan ketika memasang stor aplikasi pihak ketiga seperti Epic Games Store.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Mahkamah berpihak kepada Epic Games dan mendapati Google menjalankan perniagaan secara monopoli, sekali gus mengarahkan syarikat itu membuka Play Store kepada stor aplikasi pihak ketiga.
Pada 5 Nov lalu, Google dan Epic Games akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian ini di luar mahkamah.
Google akan mengurangkan potongan bayaran yang dikenakan ke atas setiap transaksi kepada pembangun aplikasi.
Potongan baharu ditetapkan pada kadar 9% atau 20%, bergantung kepada jenis transaksi dan usia aplikasi.
Google turut membenarkan pembangun aplikasi memaparkan sistem pembayaran alternatif di dalam aplikasi, termasuk pautan ke laman web luar.
Pemilik stor aplikasi pihak ketiga juga akan dibenarkan mendaftar di bawah program Registered App Store.
Pengguna tidak lagi akan menerima paparan amaran keselamatan apabila cuba memasang stor aplikasi pihak ketiga seperti Epic Games Store. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan tindakan undang-undang antara Google dan Epic Games lima tahun lalu? A: Permainan Fortnite dikeluarkan daripada Play Store kerana memperkenalkan sistem pembayaran alternatif yang melanggar mekanisme pembayaran Google.
  • Q: Apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah berhubung pertikaian antara Google dan Epic Games? A: Mahkamah mendapati Google menjalankan perniagaan secara monopoli dan mengarahkan syarikat itu membuka Play Store kepada stor aplikasi pihak ketiga.
  • Q: Apakah penyelesaian terkini antara Google dan Epic Games berhubung isu potongan bayaran? A: Google bersetuju untuk mengurangkan potongan bayaran kepada pembangun aplikasi dengan kadar baharu 9% atau 20%, bergantung kepada jenis transaksi dan usia aplikasi.
  • Q: Apakah kebenaran yang diberikan oleh Google kepada pembangun aplikasi berkenaan sistem pembayaran alternatif? A: Google membenarkan pembangun aplikasi memaparkan sistem pembayaran alternatif di dalam aplikasi, termasuk pautan ke laman web luar.
  • Q: Apakah yang akan berlaku kepada pengguna stor aplikasi pihak ketiga berikutan penyelesaian tindakan undang-undang ini? A: Pengguna tidak lagi akan menerima paparan amaran keselamatan apabila cuba memasang stor aplikasi pihak ketiga seperti Epic Games Store.

Topic Berkaitan
#Google
#Play Store
#Epic Games
#Pembangun aplikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan