awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMNO bukan ‘pelengkap angka’ Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy
PMX ada ‘DNA UMNO’, adil dalam melayani tuntutan - Ahmad Zahid
217 warga asing ditahan dalam operasi di dua pusat beli-belah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Flow dikemas kini dengan Veo 3.1 untuk janaan video lebih terkawal

Amanz
Amanz
16/10/2025
05:00 MYT
Google Flow dikemas kini dengan Veo 3.1 untuk janaan video lebih terkawal
Model baharu Veo 3.1 menawarkan penjanaan audio lebih tepat, kawalan naratif lebih baik dan visual video yang lebih realistik. -Foto Amanz
GOOGLE Flow ialah platform janaan video menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang dilancarkan pada Mei lalu.

Ringkasan AI
  • Google Flow kini menyokong input imej sebagai rujukan objek dalam video, serta arahan khusus untuk bingkai pertama dan akhir bagi hasil yang lebih tepat.
  • Pengguna boleh menambah atau membuang objek dalam video yang telah dijana, dan ciri pemanjangan video telah diperhalusi agar lebih lancar.
  • Model baharu Veo 3.1 menawarkan penjanaan audio lebih tepat, kawalan naratif lebih baik dan visual video yang lebih realistik.

Tidak seperti AI generatif lain, Flow membenarkan kawalan yang lebih jitu untuk video yang ingin dijana.
Hari ini Google mengumumkan beberapa penambahbaikan kepada Flow dan juga mengumumkan model AI baharu Veo 3.1.
Flow kini boleh diberikan imej yang ingin digunakan sebagai objek di dalam video. Ini adalah sama dengan Nano Banana yang menjana imej statik dengan beberapa gambar dimuat naik untuk dijadikan rujukan.
Flow juga boleh diberikan arahan untuk bingkai pertama dan akhir video. Dengan ini video yang dijana lebih memenuhi visi di dalam kepala pengguna.
Pengguna juga kini boleh menambah atau membuang objek daripada video yang telah dijana. Ciri memanjangkan video juga ditambah baik supaya tidak kelihatan canggung.
Sementara itu menerusi model Veo 3.1 pula boleh menjana audio yang lebih tepat, kawalan naratif lebih baik dan menjana video yang kelihatan lebih realistik berbanding Veo 3. Kesemua ciri yang diumumkan sudah boleh digunakan hari ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#AI Generatif
#Google Flow
#rujukan objek
#Veo 3 1
#ciri pemanjangan video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan