SAN FRANCISCO: Kerajaan Malaysia dan Google hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang sedang berkembang pesat.
Gandingan kerjasama itu bermatlamat untuk membantu perniagaan dari semua saiz memajukan daya saing digital mereka melalui program kemahiran, pelaburan dalam infrastruktur digital, inovasi kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab dan dasar mengutamakan awan, kata Google dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
"Komitmen terbaharu Google ini yang bertujuan untuk mempercepat inovasi tempatan dan pembangunan tenaga kerja dalam bidang AI, pastinya akan meningkatkan daya saing digital negara, selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Rangka Kerja Ekonomi MADANI Malaysia disasarkan untuk meningkatkan saiz ekonomi Malaysia, serta memastikan semua pihak berkepentingan terutamanya rakyat dan perniagaan kecil dapat menikmati faedah sosio-ekonomi seterusnya, katanya.
Google berkata inisiatif terbaharu itu adalah bersandarkan kepada pelaburannya di Malaysia sejak 12 tahun lepas.
Pada 2022 sahaja, produk dan program syarikat itu menyokong lebih 47,900 pekerjaan dan turut menyumbang sama ada secara langsung dan tidak langsung kepada perniagaan tempatan dengan manfaat ekonomi bernilai kira-kira US$2.8 bilion.
“Perkongsian yang kami umumkan hari ini dengan Kerajaan Malaysia menyelaraskan misi tempatan Google untuk memajukan Malaysia dengan matlamat kerajaan bagi mewujudkan ekosistem yang menyokong inovasi termasuk peluang pekerjaan yang saksama,” kata Presiden Ketua Pegawai Pelaburan, Ketua Pegawai Kewangan, Alphabet dan Google, Ruth Porat.
Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Zafrul Aziz mengalu-alukan sumbangan berterusan Google kepada rakyat Malaysia dan perniagaan tempatan, terutamanya melalui program yang membimbing tenaga kerja mahir dan membantu perniagaan kecil negara berkembang ke peringkat serantau.
“Selain menyokong pencapaian misi NIMP 2030, kerjasama ini juga akan meningkatkan keseluruhan daya saing global Malaysia kepada pelabur asing. Kementerian Pelaburan, Perdagangan Industri (MITI) dan agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan rancangan pelaburan Google di Malaysia,” katanya.
Peluang Peningkatan Kemahiran Inklusif kepada 300,000 rakyat Malaysia menjelang 2026
Untuk menyediakan lebih banyak peluang latihan digital kepada rakyat Malaysia dari semua latar belakang, Google Cloud, CloudMile dan Trainocate menyediakan lima kaedah pembelajaran digital tanpa sebarang kos.
"Kaedah pembelajaran itu yang boleh diakses menerusi program Go Cloud yang bertujuan untuk menambah kemahiran 300,000 rakyat Malaysia menjelang 2026 terdiri daripada kursus secara dalam talian untuk membantu individu menggunakan AI generatif (gen AI), analitik data dan alat produktiviti berasaskan awan dengan lebih baik lagi.
Mereka yang melengkapkan lima kaedah pembelajaran akan memperoleh lencana kemahiran digital yang boleh mereka kongsikan dalam resume mereka dan melanjutkan akses 30 hari kepada lebih banyak kaedah pembelajaran tanpa sebarang kos.
Google berkata program ini adalah berasaskan kepada Gemilang, program latihan digital yang telah menyediakan 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google kepada individu kurang bernasib baik dengan kerjasama institusi pendidikan dan badan bukan keuntungan.
"Ini membantu rakyat Malaysia memperoleh pensijilan profesional--tanpa sebarang kos--untuk pekerjaan peringkat permulaan dalam bidang permintaan tinggi seperti analisis data, sokongan teknologi maklumat (IT) serta e-dagang dan pemasaran digital." katanya.
Selain itu, kerajaan dan Google Cloud akan memulakan inisiatif bersama landas pelancaran AI untuk mencipta pekerjaan baharu, meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dan membantu syarikat tempatan meneroka pasaran global.
Google juga akan menyokong penambahbaikan Dasar Awan Pertama kerajaan yang sedia ada bagi Malaysia, menyumbang kepakaran dasar dan Rangka Kerja AI Terjaminnya untuk bergerak seiring dengan kemajuan terkini dalam pengkomputeran awan dan AI.
Ini mengukuhkan usaha kerajaan untuk mengutamakan penggunaan perkhidmatan awan yang berdaya tahan, cekap kos dan dipacu inovasi berbanding sistem di premis yang berintensif modal, sambil menyelaraskan dengan amalan terbaik global bagi privasi data dan piawaian keselamatan.
--BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Anwar menyaksikan pertukaran MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Wira Arham Abdul Rahman (empat, kiri) dan Ruth Porat (lima, kanan) di San Francisco, 15 Nov 2023. -- fotoBERNAMA
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Siti Nurul Masyitah terlepas peluang ke kejohanan dunia
Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli memaklumkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah yang dilanggar pemandu mabuk, terlepas peluang ke Kejohanan Dunia Perahu Naga di Filipina November depan.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Google Gemini boleh jadi pemandu pelancong dengan langganan premium
Ciri ini adalah lebih maju dan hebat berbanding pemalam Google Flights pada Gemini.
Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung
Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Google umum penamatan aplikasi Podcasts
Google memaklumkan Google Podcasts tidak lagi boleh memainkan sebarang podsiar berkuat kuasa 23 Jun 2024.
OpenAI dilapor bakal lancar pembantu maya mampu kenal objek, imej
Peranti seperti Rabbit AI dan Humane AI Pin didakwa mempunyai kemampuan yang sama tetapi gagal melakukannya dengan pantas atau konsisten.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
PM adakan pertemuan secara maya bersama Presiden & CIO Alphabet, Google
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan persidangan secara maya bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat.