awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google lancar AI Gemini 2.0 Flash Thinking yang mampu berfikir sendiri

Amanz
Amanz
20/12/2024
04:00 MYT
Google lancar AI Gemini 2.0 Flash Thinking yang mampu berfikir sendiri
Google DeepMind melancarkan model AI Gemini 2.0 Flash Thinking Experimental yang merupakan pertama dicipta dengan kemampuan melakukan penaakulan dan berfikir. -Amanz
SELEPAS dua tahun kecerdasan buatan (AI) dilancarkan kepada umum, ramai menggunakannya untuk memudahkan kerja seharian.

Ringkasan AI
  • Pelancaran AI Gemini 2.0 Flash Thinking oleh Google DeepMind: Model AI ini mampu melakukan penaakulan dan berfikir sendiri, serta memeriksa jawapan yang diberikan untuk mengelakkan maklumat salah.
  • Kemampuan unik: Gemini 2.0 boleh menyelesaikan teka-teki berdasarkan petunjuk teks dan imej, serta memaparkan langkah penyelesaian dan cara berfikirnya kepada pengguna.
  • Kekurangan: Model ini masih mempunyai beberapa batasan seperti masa jawapan yang lama, terhad kepada input teks dan imej, serta had token input dan output.

AI ialah alat yang dapat memendekkan tempoh masa melakukan kajian topik yang kompleks.
Tetapi ramai dalam kalangan pembaca pasti menyedari, AI kerap kali memberikan maklumat yang salah serta tidak cukup pintar untuk berfikir dengan sendiri.
Hari ini Google DeepMind melancarkan model AI Gemini 2.0 Flash Thinking Experimental yang merupakan pertama dicipta dengan kemampuan melakukan penaakulan dan berfikir.
Menurut Google, tidak seperti model-model AI lain, Gemini 2.0 Flash Thinking boleh memeriksa sendiri jawapan yang diberikan.
Kemampuan melakukan penaakulan sendiri ini boleh mengelakkan isu maklumat salah diberikan sebagai jawapan.
Ia juga boleh menyelesaikan teka-teki selepas diberikan petunjuk dalam bentuk teks dan imej yang diberikan.
Sebelum jawapan diberikan, langkah penyelesaian dan cara ia berfikir akan dipaparkan Gemini 2.0 Flash Thinking supaya pengguna boleh melihatnya sendiri.
Model ini sudah pun boleh digunakan di Google AI Studio tetapi ia mempunyai beberapa kekurangan seperti masa memberikan jawapan yang mencecah beberapa minit, terhad kepada input teks serta imej sahaja, had 32K token input dan had 8K token output sahaja. -Amanz
Topic Berkaitan
#AI Gemini 2 0 Flash Thinking
#Google DeepMind
#berfikir sendiri
#kajian topik yang kompleks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan