CIRI AI generatif semakin hari semakin berkembang sehingga ia boleh diintegrasikan di mana-mana sahaja.

Terbaru, Google mula menguji ciri carian AI generatif pada aplikasi Google Maps.

Ia membawakan pengalaman SGE atau Search Generative Experience untuk pengguna mencari destinasi baharu pula.

Google melatih model bahasa raya mereka dengan 250 juta tempat serta gambar yang dijana pengguna dan ulasan kedai yang pengguna berikan daripada 300 juta pengguna.

Buat masa ini, ciri carian AI generatif pada Google Maps hanya akan diberikan kepada pengguna terpilih di Amerika Syarikat.

Berikut adalah apa yang ia boleh lakukan:

Terus tanya “aktiviti apa yang boleh dilakukan ketika hujan”, jawapan yang diterima akan bersesuaian untuk aktiviti di kawasan berteduh contohnya wayang atau teater.
Kemudian pengguna boleh terus sambung bertanya “Aktiviti untuk seisi keluarga”, Google Maps akan mencadangkan boling dan banyak lagi.
Jawapan yang diberikan turut disertakan dengan ulasan orang lain serta aktiviti lain yang boleh dilakukan di lokasi sama.

Foto Amanz

Contoh lain adalah; “Tempat brunch berdekatan”, “Aktiviti di luar yang sesuai untuk orang lasak seperti saya”, atau “tempat seronok untuk bersama-sama dengan rakan”.

Ciri ini turut akan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna selepas ia cukup stabil untuk digunakan orang ramai.

SUMBER 9to5Google