awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Photos boleh ubah gambar jadi video dengan bantuan AI

Amanz
Amanz
24/07/2025
04:30 MYT
Google Photos boleh ubah gambar jadi video dengan bantuan AI
Google Photos akan memperkenalkan ciri baharu dalam tab "Create" yang membolehkan pengguna menukar gambar statik kepada video 6 saat menggunakan model AI Veo 2. -Amanz
PENGGUNA Google Photos kelak boleh mengubah gambar statik menjadi video menerusi kemas kini ciri Create terus dari dalam aplikasi.

Ringkasan AI
  • Google Photos akan memperkenalkan ciri baharu dalam tab "Create" yang membolehkan pengguna menukar gambar statik kepada video 6 saat menggunakan model AI Veo 2.
  • Ciri tambahan seperti "Remix" membolehkan gambar diubah kepada gaya lakaran, catan air, anime dan lain-lain, dengan semua hasil dijana AI disimpan dalam tab sama dan dilabel dengan tera air SynthID.
  • Ciri-ciri ini akan dilancarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat bermula Ogos 2025 untuk peranti Android dan iOS, namun had janaan pengguna masih belum diumumkan.

Google mengatakan menerusi tab baharu ini, gambar diubah menjadi video sepanjang 6 saat menggunakan model Veo 2.
Ini ialah model AI satu generasi di belakang versi terkini Veo 3. Oleh itu gambar sekadar boleh diubah menjadi video tanpa audio.
Were introducing new creative tools to add a little more magic to your photos . Youll be able to find them in the new Create tab, your one-stop hub for creativity in #GooglePhotos. Learn more https://t.co/qdJJld0gHx pic.twitter.com/ns8yD349SY
— Google Photos (@googlephotos) July 23, 2025
Turut boleh diakses menerusi tab Create ialah ciri Remix baharu. Gambar asal boleh diubah menjadi lakaran pensel, catan air, gaya anime, dan banyak lagi.
Ini adalah ciri mirip yang sebelum ini ditawarkan menerusi Pixel Studio dan sama dengan yang wujud dalam Honor AI dan Galaxy AI.
Semua gambar dan video yang dijana AI ini kemudiannya boleh diakses semula dalam tab Create.
Kesemua video dan gambar dijana akan mempunyai tera air SynthID supaya orang lain boleh melihat ia telah diubah daripada imej asal.
Pada ketika ini Google tidak pula mengatakan berapakah had jumlah janaan yang boleh dilakukan pengguna.
Ciri-ciri ini akan diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu bermula Ogos pada peranti Android dan iOS. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#gambar statik
#Veo 2
#dijana AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan