awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik

Amanz
Amanz
12/03/2025
09:00 MYT
Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Google Photos akan berhenti menyimpan fail imej RAW secara automatik di awanan untuk menjimatkan ruangan storan. -Amanz
KEBANYAKAN peranti Android sekarang telah sedia menyokong mengambil gambar dalam format DNG atau imej RAW.

Ringkasan AI
  • Google Photos akan berhenti menyimpan fail imej RAW secara automatik di awanan untuk menjimatkan ruangan storan.
  • Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.
  • Perubahan ini akan berlaku kepada pengguna Google Pixel terlebih dahulu, dengan kemungkinan diperluaskan ke peranti lain.

Ia adalah format gambar mentah yang mempunyai butiran tetapi tidak diproses. Saiz gambar ini biasanya besar dan memakan ruangan storan.
Akan datang, Google Photos tidak lagi akan menyimpan fail ini secara automatik di awanan.
Dalam kemas kini akan datang, Google Photos akan membaiki masalah ia mengendalikan fail-fail imej RAW.
Pertama adalah memastikan imej tidak akan disandarkan secara automatik di awanan. Ini adalah bagi menjimatkan ruangan storan pengguna selain turut menjimatkan masa keseluruhan ketika melakukan sandaran pelbagai imej.
Kedua adalah Google Photos kelak akan memastikan, setiap imej DNG disimpan dalam folder tersendiri dan ia dapat mengenal pasti imej mana yang telah diproses dan belum.
Sekarang, imej RAW dan yang telah diproses tidak mempunyai label yang konsisten menyebabkan kekeliruan.
Perubahan Google Photos ini dilihat akan berlaku kepada pengguna Google Pixel terlebih dahulu. Ciri baharu ini dilihat mengesan imej RAW yang diambil melalui aplikasi Pixel Camera.
Tidak pasti jika Google akan mengembangkan ciri ini kepada peranti lain juga. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#Google Photos
#Raw
#DNG
#Google Pixel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan