GADGETS
Google Play Store bakal tampil ciri pengurus muat turun

Apabila ikon ini ditekan, satu tetingkap baharu akan muncul memaparkan aplikasi yang telah dipasang dan yang sedang dimuat turun.
-Amanz
SEHINGGA hari ini saya masih tidak faham kenapa Android dan iOS kedua-dua gedung aplikasi rasmi masing-masing tidak mempunyai pengurus muat turun.
Ringkasan AI
- Play Store akan memperkenalkan pengurus muat turun tersendiri. Ciri ini mempunyai ikon khas yang berubah dari anak panah ke bawah dengan animasi gegelung hijau ke ikon tanda semak berwarna kelabu.
- Apabila ditekan, tetingkap baharu akan muncul memaparkan aplikasi yang telah dipasang dan sedang dimuat turun.
- Ciri ini masih dalam peringkat awal dan belum diaktifkan untuk pengguna. Tiada maklumat lanjut bila ciri ini akan diberikan kepada pengguna.
Terdapat ikon khas di bahagian atas yang berubah dari anak panah ke bawah dengan animasi gegelung hijau bergerak ke ikon tanda semak berwarna kelabu.
Apabila ikon ini ditekan, satu tetingkap baharu akan muncul memaparkan aplikasi yang telah dipasang dan yang sedang dimuat turun.
Ciri ini masih dalam peringkat awal dan belum diaktifkan untuk pengguna. Setakat yang telah didedahkan ia terlampau asas sehinggakan tiada pilihan untuk menjeda atau menghentikan muat turun aplikasi.
Secara asasnya ia adalah notifikasi memuat turun dari dalam aplikasi. Tiada informasi bila ciri ini akan diberikan kepada pengguna. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami