awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
JANM jayakan semua projek di Kampung Angkat MADANI di Batu Pahat
LPPB bina 29,443 PAKR di Sabah sepanjang enam dekad - Hajiji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS jam tangan pintar capai ketepatan sehingga 8 cm guna algoritma baharu

Amanz
Amanz
21/10/2025
11:27 MYT
GPS jam tangan pintar capai ketepatan sehingga 8 cm guna algoritma baharu
Sistem ini menggabungkan satelit GPS, Galileo, BeiDou dan QZSS serta diuji selama empat jam dengan penjejakan setiap saat, menunjukkan ketepatan tinggi dan konsisten. -Gambar Amanz
SISTEM GPS untuk orang awam lazimnya mempunyai ketepatan sekitar 1.5 meter dalam keadaan optimum.

Ringkasan AI
  • Penyelidik dari University of Otago bersama Google dan Chinese Academy of Sciences bangunkan algoritma baharu yang membolehkan penjejakan lokasi sehingga 8 sentimeter menggunakan jam tangan pintar.
  • Sistem ini gabungkan satelit GPS, Galileo, BeiDou dan QZSS serta diuji selama empat jam dengan penjejakan setiap saat, menunjukkan ketepatan tinggi dan konsisten.
  • Teknologi ini berpotensi bantu aktiviti sukan lasak dan operasi kecemasan, dengan ujian lanjut dirancang di kawasan tertutup dan lokasi mencabar seperti ngarai.

Walaupun memadai untuk kegunaan biasa seperti memandu, ketepatan lebih tinggi amat penting dalam aktiviti seperti sukan lasak atau operasi kecemasan di kawasan terpencil.
Kini, penyelidik dari University of Otago dengan kerjasama Google dan Chinese Academy of Sciences telah membangunkan algoritma baharu yang membolehkan penjejakan lokasi dengan ketepatan sehingga 8 sentimeter menggunakan jam tangan pintar.
Dalam ujian selama empat jam, penjejakan dilakukan setiap saat secara berterusan, membuktikan keupayaan algoritma tersebut dalam mengekalkan ketepatan tinggi.
Sistem ini menggunakan gabungan satelit GPS, Galileo, BeiDou dan QZSS untuk mencapai tahap kejituan tersebut.
Menurut penyelidik, sistem penjejakan lokasi yang lebih jitu bukan sahaja meningkatkan ketepatan rekod aktiviti sukan, tetapi juga sangat berguna dalam situasi kecemasan.
Sebagai contoh, jika pengguna mengalami kecemasan ketika berbasikal atau sesat di dalam hutan, lokasi mereka dapat dikenal pasti dengan lebih tepat oleh pasukan penyelamat.
Penyelidik kini merancang untuk menjalankan ujian lanjut dalam kawasan tertutup dan lokasi mencabar seperti ngarai, bagi memastikan algoritma berfungsi dengan konsisten dalam pelbagai keadaan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#University of Otago
#Chinese Academy of Sciences
#Algoritma baharu
#penjejakan lokasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan