ARAU: Keadaan kanser neuroendocrine tahap empat membuatkan seorang graduan, Mohamad Imhar SN Ibrahim, 39 terpaksa melupakan hasrat untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-18 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra, di sini, pada Rabu.
Malah, keadaan kesihatannya yang semakin merosot menyebabkan graduan Pusat Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE) universiti itu kecewa tidak dapat meraikan hari istimewa itu bersama keluarga dan rakan pada majlis berkenaan.
Namun, kekecewaan bapa tiga anak itu sedikit terubat selepas dimaklumkan pengurniaan skrol ijazah sarjana mudanya dilaksanakan di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Ia selepas Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Zaliman Sauli mendapat perkenan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP bagi menganugerahkan Sarjana Muda Profesional Pengurusan Fasiliti kepadanya di kediamannya hari ini.
Mohamad Imhar berkata, dia sebenanrya sudah menyimpan hasrat untuk menggenggam skrol itu pada Majlis Konvokesyen UniMAP itu namun keadaan kesihatannya yang tidak menentu menghalangnya untuk hadir.
“Terima kasih kepada pengurusan UniMAP yang berusah payah mengambil inisiatif mengurniakan skrol ini kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan media oleh UniMAP hari ini
Katanya, meskipun berasa kecewa tidak dapat berada di pentas bermakna itu, kehadiran Naib Canselor UniMAP ke kediamannya dan mengurniakan sendiri skrol berkenaan menjadi satu kenangan manis.
“Saya disahkan mengidap kanser ini pada tahun 2021 tidak lama selepas saya mendaftar sebagai pelajar.
“Namun saya tetap ingin menyempurnakan pengajian saya kerana itu adalah salah satu kepuasan yang ingin saya capai.
“Malah sokongan isteri, anak-anak serta keluarga menjadi penguat semangat untuk saya terus positif dan fokus pengajian saya,” katanya.
Walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, dia tetap tidak berputus asa menjalani beberapa siri rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya itu.
Terdahulu, Zaliman tiba di kediaman Mohamad Imhar di Bukit Mertajam untuk menyampaikan skrol Sarjana Muda Profesional Pengurusan Fasiliti sendiri kepada graduan itu.
Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof Ir Mohd Shukry Abdul Majid, Pendaftar UniMAP, Syahiza Hamzah dan Pengarah PDCE, Prof Madya Ts Nasrul Hamidin.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Nov 23 2023
Mohamad Imhar gembira pengurniaan skrol ijazah sarjana mudanya dilaksanakan di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Gambar/ UniMAP
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan
Para pegawai MyCEB agih hamper snek sihat kepada 100 pesakit dan 30 pengamal perubatan di Institut Kanser Negara.
Tiada akses rawatan, pesakit kanser di Gaza rayu bantuan segera
Masalah mendapatkan rawatan dan kekurangan ubat-ubatan terus membelenggu penduduk Palestin terutama di Gaza, semenjak konflik Hamas-Israel tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan
10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan kanser terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel.
Keberkesanan, rawatan pesakit kanser di IKN lebih baik berbanding 10 tahun lepas
Pengesanan awal kanser paru-paru adalah projek kerjasama antara IKN dan Astra Zeneca menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Graduan hidap kanser tahap 4 terharu Naib Canselor sampaikan skrol di rumah
Mohamad Imhar SN Ibrahim, 39 terpaksa melupakan hasrat untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-18 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra, pada Rabu.
Bilangan pesakit kanser di Terengganu meningkat
Peratusan tertinggi melibatkan pesakit kanser payudara iaitu 23.89 peratus, diikuti kanser kolon (11.8 peratus) dan kanser paru-paru (11.8 peratus).
'Cekal lawan kanser selagi nyawa dikandung badan'
Ibu empat anak, Noor Azizah Maznan, 46, berharap suaminya, Norizam Rusni, 48, akan terus cekal melawan penyakit kanser hidung untuk kembali sihat selagi nyawa dikandung badan.
Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun - NCSM
Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.
IKN lancar Galeri Inspirasi Seni, beri semangat kepada pesakit kanser
Institut Kanser Negara (IKN) melancarkan Galeri Inspirasi Seni IKN bagi meraikan kekuatan dan kemandirian pesakit kanser dalam mengharungi penyakit berkenaan.
Pesakit kanser di Selangor boleh mohon pembiayaan sehingga RM5,000
Pesakit kanser di Selangor boleh mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan sehingga RM5,000 menerusi program Bantuan Sihat Selangor (BSS).