awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grantt Lubricants menerjah ASEAN, pacu jenama Malaysia di persada global

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2025
07:00 MYT
Grantt Lubricants menerjah ASEAN, pacu jenama Malaysia di persada global
Grantt Lubricants, jenama pelincir tempatan, terus mengukir kejayaan dari Pulau Indah ke pasaran global. - Gambar/ Grantt Lubricants
KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada 2015, jenama pelincir tempatan, Grantt Lubricants, terus mengukir kejayaan sebagai antara produk kejuruteraan buatan Malaysia yang mampu bersaing di pasaran global.
Diterajui oleh UMW Lubetech Sdn Bhd, anak syarikat Sime UMW Holdings Bhd, jenama Grantt kini menawarkan lebih 80 jenis produk pelincir merangkumi kenderaan penumpang, motosikal, jentera berat serta aplikasi industri dan marin.
Pengarah Pembuatan dan Kejuruteraan Sime UMW, Ami Akhram Abdullah, berkata kekuatan Grantt terletak pada gabungan kepakaran tempatan dengan pengalaman berdekad-dekad menghasilkan pelincir untuk jenama antarabangsa.
“Grantt dibina atas asas ketahanan, kebolehpercayaan dan penambahbaikan berterusan. Fokus kami kekal pada usaha menambah baik produk serta memperkukuh hubungan pelanggan agar Grantt terus menjadi jenama buatan Malaysia dengan kualiti bertaraf dunia,” katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI baru-baru ini.
Sementara itu, Pengurus Besar UMW Lubetech, Iskandar Mohd Salleh, berkata pengguna Malaysia kini lebih peka terhadap prestasi dan nilai produk, justeru Grantt menumpukan kepada pengalaman pelanggan yang berasaskan kepercayaan serta pemahaman terhadap keperluan sebenar pengguna tempatan.
“Kami memahami keadaan sebenar di lapangan, daripada gaya pemanduan, keadaan jalan sehinggalah keperluan bengkel. Itulah kekuatan kami sebagai jenama yang dekat dengan rakyat,” katanya.
Grantt Lubricants memperkukuh kehadiran dalam komuniti sukan tanah air sebagai penaja rasmi Selangor FC, selaras dengan usaha mengangkat jenama tempatan ke peringkat antarabangsa.
Grantt Lubricants memperkukuh kehadiran dalam komuniti sukan tanah air sebagai penaja rasmi Selangor FC, selaras dengan usaha mengangkat jenama tempatan ke peringkat antarabangsa.
Grantt turut memperkukuh kehadirannya melalui penglibatan aktif dalam komuniti sukan dan automotif, termasuk sebagai penaja rasmi Selangor FC, langkah strategik yang menghubungkan nilai prestasi dan semangat juang dengan jenama tersebut.
Selain itu, penyertaan berterusan dalam Borneo Safari International Off-Road Challenge membuktikan komitmen Grantt terhadap kualiti dan ketahanan produk. Tahun ini menandakan penyertaan kali ke-9 jenama itu dalam acara lasak berkenaan, sekali gus memperkukuh reputasinya dalam komuniti 4x4 di Sabah dan Sarawak.
Jaguh Muay Thai, Johan “Jojo” Ghazali (dua dari kiri) dilantik sebagai duta jenama Grantt Lubricants, disaksikan Pengarah Pembuatan dan Kejuruteraan Sime UMW, Ami Akhram Abdullah (dua dari kanan), dalam majlis menandatangani perjanjian kerjasama baru-baru ini.
Jaguh Muay Thai, Johan “Jojo” Ghazali (dua dari kiri) dilantik sebagai duta jenama Grantt Lubricants, disaksikan Pengarah Pembuatan dan Kejuruteraan Sime UMW, Ami Akhram Abdullah (dua dari kanan), dalam majlis menandatangani perjanjian kerjasama baru-baru ini.
Dalam usaha mendekati segmen pengguna muda, Grantt turut melantik jaguh Muay Thai berusia 19 tahun yang kini bersinar di pentas global ONE Championship, Johan “Jojo” Ghazali, sebagai duta jenama.
“Jojo mewakili nilai yang sama seperti Grantt iaitu disiplin, ketahanan dan keyakinan bahawa bakat Malaysia mampu bersaing di peringkat dunia,” kata Ami.
Kolaborasi itu disertai dengan kempen media sosial dan aktiviti digital yang dirangka khusus untuk mendekati golongan berusia antara 18 hingga 29 tahun, yang kini membentuk sebahagian besar pasaran automotif baharu.
Di kilang UMW Lubetech di Pulau Indah, Selangor, Grantt turut menerapkan sistem automasi bagi memastikan kecekapan serta konsistensi kualiti pengeluaran.
Dua produk baharu iaitu Minyak Transmisi DCT dan Diesel Exhaust Fluid (DEF), bakal diperkenalkan di Global Automotive and Technology Expo (GATE) bagi memenuhi keperluan enjin moden dan piawaian emisi Euro 5.
Selain mengukuhkan pasaran tempatan, Grantt kini meneroka peluang di rantau ASEAN menerusi penyertaan dalam Lubricant Asia di Singapura, dengan tumpuan kepada pasaran yang berkongsi corak pemanduan dan iklim serupa dengan Malaysia.
“Pertumbuhan bukan sekadar soal geografi. Ia tentang menambah nilai kepada pelanggan dan membina kepercayaan jangka panjang,” tambah Ami.
Menerusi ikrar “Move Further, Last Longer”, Grantt Lubricants terus memperkukuh kedudukan sebagai simbol ketahanan, inovasi dan semangat kebangsaan, sekali gus menjadi rakan teknologi pelinciran yang menyokong kemajuan industri automotif dan kejuruteraan Malaysia.
Grantt Lubricants memacu prestasi jenama Malaysia
Topic Berkaitan
#ASEAN
#pelincir
#UMW
#Grantt Lubricants
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan