KUALA LUMPUR: Dua operator pawagam terbesar di Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV, akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan semula premis hiburan itu kepada individu yang lengkap divaksin.
GSC menerusi hantaran di laman Instagram hari ini mengumumkan bahawa 17 cawangannya serta Aurum Cinemas di Lembah Klang, wilayah Utara dan Selatan akan dibuka pada Khamis ini sempena sambutan Hari Malaysia.
Menurut hantaran itu, lebih banyak pawagam di lokasi lain akan dibuka semula pada minggu berikutnya iaitu 23 Sept.
Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasaran TGV Cinema Mohit Bhargava dalam kenyataan hari ini mengesahkan pembukaan semula pawagam milik syarikat itu dan mengalu-alukan kedatangan penonton yang telah lengkap divaksin ke premis hiburan tersebut mulai 23 Sept.
Kenyataan itu menyebut keputusan dibuat selepas berunding dengan studio untuk mendapatkan kelulusan badan penapis tempatan bagi filem mereka.
"Selain itu, fokus utama kami ialah keselamatan dan sekuriti semua kakitangan serta pelanggan dan bagi memastikan pembukaan semula pawagam kami mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP), TGV kini mengambil setiap langkah pencegahan yang perlu dan tidak akan tergesa-gesa membuka semula premis hiburan tersebut," kata Mohit.
Penonton pasti boleh menjangkakan barisan filem menarik yang bakal ditayang sempena pembukaan semula pawagam itu termasuk Black Widow yang dibintangi Scarlett Johansson, Jungle Cruise (Dwayne Johnson) dan No Time To Die (Daniel Craig) pada September ini.
Pawagam di negeri di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara telah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus bermula 9 Sept lepas dan hanya individu yang melengkapkan vaksinasi COVID-19 dibenar memasuki premis hiburan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
GSC menerusi hantaran di laman Instagram hari ini mengumumkan bahawa 17 cawangannya serta Aurum Cinemas di Lembah Klang, wilayah Utara dan Selatan akan dibuka pada Khamis ini sempena sambutan Hari Malaysia. - Gambar fail
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
GSC Times Square henti operasi hujung bulan ini
Tarikh tayangan akhir di Berjaya Times Square adalah pada 26 November ini.
Velvet, bawa penonton mengimbau pengalaman sinematik retro
GSC ulangi komitmen untuk membawa konsep menarik ke dalam pasaran, khususnya dalam bidang yang belum diterokai dan berpotensi tinggi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Thor: Love And Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia - GSC
Filem yang ditunggu-tunggu ramai, Thor: Love and Thunder secara rasmi tidak akan ditayangkan di Malaysia.
Debaran aksi 'Airforce The Movie: Selagi Bernyawa' bakal temui penonton 25 Ogos ini
Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama skuad PASKAU terperangkap di Namburi iaitu sebuah negara bergolak selepas pesawat mereka ditembak jatuh pengganas.
GSC, TGV tetap tarikh buka semula pawagam
Dua operator pawagam terbesar di Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV, akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan semula premis hiburan itu kepada individu yang lengkap divaksin.
Isu pengoperasian pawagam dibawa ke MKN - Annuar
Isu pawagam yang belum dibenarkan beroperasi telah dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
FINAS bakal umum penerbitan 65 filem baharu
Ia merupakan usaha dilakukan pelbagai pihak termasuk FINAS dalam usaha menghidupkan semula industri perfileman negara.
Pembukaan semula pawagam: GSC harap penonton patuh SOP
Langkah itu bagi mencegah jangkitan COVID-19 sekali gus membantu pihak pengusaha industri untuk terus menyediakan platform hiburan kepada penonton seisi keluarga.
Semua panggung wayang GSC, TGV ditutup sementara mulai 2 November
Kesemua panggung wayang akan ditutup berkuat kuasa bermula 2 November sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.