ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Julai 2022.

1. Protes PM baharu, ratusan serbu masuk bangunan Parlimen Iraq

Ratusan penyokong setia kepada ulama terkemuka Muqtada al-Sadr, menceroboh masuk ke Zon Hijau di Baghdad, yang menempatkan bangunan Parlimen Iraq, sebagai bantahan terhadap pencalonan Perdana Menteri baharu.

2. Padah menanti jika Pelosi lawat Taiwan, cabar dasar China - Lijian

China beri amaran bahawa Washington akan menanggung akibat jika Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi berdegil untuk meneruskan lawatan ke Taiwan.

3. Serpihan roket China dijangka terhempas ke bumi, berpotensi jatuh di kawasan berpenduduk

Serpihan roket angkasa lepas China dijangka terhempas ke bumi dalam tempoh beberapa hari akan datang.

4. Gempa Bumi | Terlalu kuat, penduduk ketakutan

Gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang berlaku di Pulau Luzon di Filipina turut dirasai dekat ibu kotanya, Manila pada Rabu.

5. Gempa Bumi | Kerajaan Filipina akan terus pantau, salur bantuan

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr memaklumkan, segala usaha bantuan telah disalurkan bagi membantu mangsa gempa bumi dekat wilayah Abra di utara negara itu.

6. Konflik Global | Syria dedah rakaman latihan ketenteraan bersama Rusia

Kementerian Pertahanan Syria mengeluarkan rakaman latihan ketenteraan bersama sekutu utamanya, Rusia.

7. Banjir Pakistan | Karachi dilanda banjir, hujan dijangka berterusan

Setelah lebih 24 jam dilanda hujan lebat, bandar pelabuhan, Karachi di Pakistan dilanda banjir. Menurut laporan media tempatan, ratusan penduduk terkandas akibat paras air yang meningkat.

8. Cacar Monyet | Lelaki berisiko diseru kurangkan pasangan seksual

Golongan lelaki yang berisiko dijangkiti cacar monyet dinasihatkan supaya mengurangkan pasangan seksual buat masa ini.

9. Pengambilan vitamin D berlebihan tiada manfaat - Pakar

Penyelidik di Amerika Syarikat (AS) mencadangkan agar penduduknya menghentikan pengambilan berlebihan vitamin D.

10. Thor: Love And Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia - GSC

Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan filem yang ditunggu-tunggu ramai, Thor: Love and Thunder secara rasmi tidak akan ditayangkan di Malaysia.