KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali pawagam terbesar Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sempena pembukaan semula pawagam esok.
Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas Group, Koh Mei Lee berkata langkah itu bagi mencegah jangkitan COVID-19 sekali gus membantu pihak pengusaha industri untuk terus menyediakan platform hiburan kepada penonton seisi keluarga.
"Pertama sekali kami sangat teruja kerana diberi lampu hijau untuk akhirnya membuka semula pawagam kami selepas sekian lama dan kami mengalu-alukan kedatangan semua pelanggan kami.
"Kami berharap dengan perkembangan kes COVID-19 di Malaysia yang menurun dan terkawal, kami akan dapat beroperasi dengan kapasiti penuh untuk membantu proses pemulihan industri ini.
"Justeru, kami berharap penonton akan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memastikan semua selamat dan mengekalkan kebersihan kerana ia membantu kita semua untuk terus menikmati kemewahan dan keistimewaan pergi ke pawagam bersama-sama," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
GSC harap kerajaan terus bantu industri pawagam
Dalam pada itu, Kerajaan diharap terus membantu pengusaha industri pawagam yang sangat terkesan dengan pandemik COVID-19.
Mei Lee berkata ia termasuk menimbang cadangan mengurangkan cukai hiburan kepada lima peratus berbanding 25 peratus yang dikenakan pada ketika ini.
"Pengurangan cukai hiburan berkaitan sangat-sangat dialu-alukan di Malaysia kerana kita mempunyai cukai hiburan yang sangat tinggi pada ketika ini iatu 25 peratus.
"Jadi jika kerajaan dapat menimbang untuk mengurangkan cukai hiburan kepada 5 peratus bagi lima tahun akan datang, saya rasa ini akan membantu industri dan memastikan ia terus pulih," katanya lagi.
Malah, beliau memberi contoh negara-negara jiran yang melakukan pengurangan cukai bagi membantu pihak industri berkenaan.
"Di beberapa negara seperti Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura, mereka memberikan subsidi pawagam dan mengurangkan cukai hiburan kepada industri filem yang sangat terkesan pada ketika ini ekoran arahan penutupan operasi," ujarnya.
Selasa lalu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memaklumkan aktiviti penggambaran serta tayangan filem di pawagam dibenarkan di seluruh negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) bermula Jumaat ini.
Rahimah Abdullah
Thu Mar 04 2021
Koh Mei Lee berkata pematuhan SOP mencegah jangkitan COVID-19 dan sekali gus membantu pihak pengusaha industri untuk terus menyediakan paltform hiburan kepada penonton seisi keluarga. -GSC
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
GSC Times Square henti operasi hujung bulan ini
Tarikh tayangan akhir di Berjaya Times Square adalah pada 26 November ini.
Velvet, bawa penonton mengimbau pengalaman sinematik retro
GSC ulangi komitmen untuk membawa konsep menarik ke dalam pasaran, khususnya dalam bidang yang belum diterokai dan berpotensi tinggi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Thor: Love And Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia - GSC
Filem yang ditunggu-tunggu ramai, Thor: Love and Thunder secara rasmi tidak akan ditayangkan di Malaysia.
Debaran aksi 'Airforce The Movie: Selagi Bernyawa' bakal temui penonton 25 Ogos ini
Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama skuad PASKAU terperangkap di Namburi iaitu sebuah negara bergolak selepas pesawat mereka ditembak jatuh pengganas.
GSC, TGV tetap tarikh buka semula pawagam
Dua operator pawagam terbesar di Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV, akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan semula premis hiburan itu kepada individu yang lengkap divaksin.
Isu pengoperasian pawagam dibawa ke MKN - Annuar
Isu pawagam yang belum dibenarkan beroperasi telah dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
FINAS bakal umum penerbitan 65 filem baharu
Ia merupakan usaha dilakukan pelbagai pihak termasuk FINAS dalam usaha menghidupkan semula industri perfileman negara.
Pembukaan semula pawagam: GSC harap penonton patuh SOP
Langkah itu bagi mencegah jangkitan COVID-19 sekali gus membantu pihak pengusaha industri untuk terus menyediakan platform hiburan kepada penonton seisi keluarga.
Semua panggung wayang GSC, TGV ditutup sementara mulai 2 November
Kesemua panggung wayang akan ditutup berkuat kuasa bermula 2 November sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.