awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST: Peniaga perlu segera guna invois bercetak

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
16/04/2015
01:09 MYT
GST: Peniaga perlu segera guna invois bercetak
SELVARAJ : Sepatutnya tiada masalah berlaku jika mereka melakukan persiapan sebelum perlaksanaan GST ini kerana sebelum ini pihak Kastam telah pun mengadakan seminar, bengkel, aplikasi untuk sistem POS ini. - Gambar fail
Golongan peniaga dinasihatkan supaya segera mengkonfigurasikan sistem perisian perakaunan atau sistem Point of Sales (POS) yang mengeluarkan invois cetak bersiri bagi mengelakkan kekeliruan berlaku dalam kalangan pengguna mengenai GST.
Setiausaha Agung FOMCA, Datuk Paul Selvaraj berkata walaupun kerajaan telah memberi tempoh pemasangan POS sehingga 30 September depan, namun sebenarnya tempoh dua minggu sudah memadai untuk melaraskan sistem POS itu.
“Sepatutnya tiada masalah berlaku jika mereka melakukan persiapan sebelum perlaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) ini kerana sebelum ini pihak Kastam telah pun mengadakan seminar, bengkel, aplikasi untuk sistem POS ini.
“Jika terlalu lama, ia mungkin menyebabkan pelbagai isu. Pengguna perlu melihat resit jika ada peniaga yang tersilap mengenakan caj kepada barang yang sebenarnya tidak perlu dikenakan caj atau cukai. Terutama apabila mereka ke farmasi atau kedai runcit.
“Jika POS ini tidak digunapakai, ia akan menyebabkan kekeliruan kepada pengguna,” jelas beliau.
BACA : GST: FOMCA terima 600 aduan pengguna
Selvaraj berkata demikian ketika mengulas mengenai pelanjutan tarikh pemasangan sistem POS sehingga 30 September kepada usahawan perniagaan kecil dan sederhana mengikut piawaian GST.
Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam, Datuk Subramaniam Tholasy dalam laporan Mstar berkata, premis hiburan seperti pub dan pusat karaoke, farmasi, kedai buku, kedai runcit, kedai peralatan dan pasar mini tidak dibenarkan mengeluarkan invoice tulisan tangan selepas tempoh itu.
Subromaniam dalam laporan itu berkata, peniaga yang mempunyai kekerapan jualan tetapi nilai yang kecil perlu mematuhi peraturan untuk invois bercetak.
GST yang dilaksanakan sejak 1 April untuk menggantikan Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%) di Malaysia.
Dengan pelaksanaan GST, kerajaan menyasarkan untuk memperoleh kira-kira RM23.1 bilion.
Pendapatan ini akan dijana untuk menampung kos pembangunan negara sebanyak RM49.5 bilion yang akan disalurkan kepada pelaburan infrastruktur.
Lebih daripada 900 barang-barang di dalam senarai GST dikategorikan dalam tiga kadar iaitu dalam kadar standard, kadar sifar, dan dikecualikan.
Topic Berkaitan
#GST
#invoice bercetak
#kastam
#Paul Selvaraj
#Point of Sales
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan