PADANG BESAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Rabu bertitah sudah tiba masanya negara ini menggunakan kecerdasan buatan (AI), dron dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang lebih canggih di lokasi strategik untuk kawalan sempadan negara.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, langkah itu dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasa penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.
"Untuk menangani ancaman dan jenayah rentas sempadan ini, satu dasar holistik perlu terus dibentuk khususnya antara kerajaan negeri dan Persekutuan, termasuklah keperluan menjalin kerjasama strategik dengan negara jiran, khususnya bagi kita di sini iaitu Thailand," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis penyampaian sumbangan kuih raya di Stesen Kawalan Sempadan (SKS) Wang Kelian dekat sini pada Rabu kepada pegawai dan anggota keselamatan yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di sempadan Malaysia-Thailand tahun ini.
Majlis penyampaian sumbangan kuih raya itu merupakan anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis.
Raja Muda Perlis juga berharap anggota keselamatan di sempadan sentiasa peka dan waspada terutamanya pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini dalam memastikan sempadan negara tidak dicemari kejadian penyeludupan barang dan manusia.
"Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan dan komitmen terhadap tugas yang ditunjukkan oleh seluruh warga keselamatan, khususnya di sempadan Malaysia-Thailand ini.
"Sesungguhnya, bakti mereka ini adalah demi memastikan keamanan dan keharmonian yang dikecapi pada hari ini terus berkekalan. Insya-Allah," titah baginda.
Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan khususnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meluluskan peruntukan tambahan RM14 juta bagi projek pembangunan semula Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian semasa lawatan Perdana Menteri ke negeri itu Isnin lepas.
"Projek ini pasti akan memberi impak positif kepada landskap pembangunan sempadan secara keseluruhannya terutamanya di Wang Kelian ini," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sewaktu berkenan menyampaikan sumbangan kuih raya kepada petugas keselamatan pada majlis penyampaian sumbangan kuih raya di Stesen Kawalan Sempadan (SKS) Wang Kelian pada Rabu. - Foto BERNAMA

Pemilihan PKR: Fahmi ikrar bantu parti rencana langkah menuju PRU16, PRN
Perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP.

Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel
Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dan 77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

MH17: Malaysia tetap tegas cari penyelesaian, tegak keadilan untuk mangsa
Muhammad Kamil berkata, bagaimanapun, Malaysia juga harus bijak dalam mengatur langkah dalam menangani isu ini.

MA63: Rundingan aspek pendidikan terlaksana hasil kerjasama erat Persekutuan dan negeri
Komitmen berterusan pada peringkat Kerajaan MADANI dan negeri perlu berterusan bagi melonjakkan martabat pendidikan.

MOTAC komited kepada penambahbaikan program MM2H - Tiong
Program itu membentuk satu daripada platform pemastautin jangka panjang terkemuka dunia, menawarkan peringkat Platinum, Emas dan Perak.

EU mahu tingkat kerjasama dalam industri hijau, digital dengan Malaysia
EU dan Malaysia berkongsi matlamat alam sekitar yang sama, sekali gus mencerminkan komitmen kukuh mereka di bawah Perjanjian Paris.

'SHEconomy' pacu pertumbuhan inklusif ASEAN - Presiden WEF
Landskap ekonomi ASEAN perlu merentas sempadan dengan mengadaptasi dasar responsif gender dan model kerjasama bersepadu yang memperkasa wanita.

Tiong usaha tingkatkan kesalinghubungan udara Malaysia-Singapura
Usaha meningkatkan kesalinghubungan udara antara dua negara, termasuk potensi melancarkan laluan penerbangan terus Singapura-Bintulu.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

Bandar Teknologi Maju Perlis tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan - Fahmi
Fahmi berkata projek yang menelan keseluruhan kos mencecah AS$11 bilion (RM49.17 bilion) itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan 2027.

Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.

MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.

Pembeli dinasihat pastikan ketulenan harum manis elak tertipu
Jabatan Pertanian Perlis menasihati pembeli supaya memastikan ketulenan mangga harum manis sebelum membuat pembelian pada musim pengeluaran mangga itu yang kini telah pun bermula, supaya tidak tertipu

Guna AI perkasa tugas kawal sempadan negara - Raja Muda Perlis
Langkah itu dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasa penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.

ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.

Raja Muda Perlis alu-alukan lebih banyak pelaburan dalam sektor pelancongan
Antara pelaburan berkaitan pelancongan yang boleh dilaksanakan di Perlis ialah perhotelan, taman tema dan menara tinjau.

Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.