awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna bahan terbuang buat replika kereta kebal

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2021
02:02 MYT
Guna bahan terbuang buat replika kereta kebal
Replika kereta kebal yang dihasilkan menggunakan barang terbuang satu simbolik buat Mohd Shah Riduwan bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. -Sinar Harian
KUANTAN: Replika kereta kebal yang dihasilkan menggunakan barang terbuang menjadi simbolik buat Mohd Shah Riduwan Abdul Rahman, 36 bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Kakitangan Felda Bukit Sagu 1 di sini itu berkata, replika kenderaan perang yang dihasilkan awal Ogos lalu itu menjadi satu kelainan dalam usahanya menterjemahkan semangat patriotisme.
Menurutnya, menghias rumah dengan Jalur Gemilang sudah terlalu biasa dan dia cuba mencari idea yang agak berbeza bagi menterjemahkan semangat merdekanya.
"Akhirnya tercetus idea untuk menghasilkan replika ini dengan hampir sepenuhnya menggunakan barang terbuang seperti tayar, perkakasan dapur, komponen motosikal, joran dan sebagainya.
Mohd Shah Riduwan bersama replika kereta kebal yang dihasilkan menggunakan barang terbuang bagi menghiasi halaman kuarter kakitangan Felda Bukit Sagu 1 di sini yang dihuninya bersama keluarga.
"Bagi memberikan imej yang lebih jelas, saya cat menggunakan warna seakan kereta kebal sebenar dihiasi corak celoreng digital," katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Bukit Sagu 1 di sini pada Isnin.
Mohd Shah Riduwan berkata, dia mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menyiapkan replika tersebut dengan dibantu isterinya, Siti Lailatun Mariam Mokhtar, 34.
"Alhamdulillah ia berjaya disiapkan dengan kos hanya kira-kira RM300. Saya risau juga sekiranya hasil kreatif ini menjadi bahan ketawa masyarakat di sini namun perkara sebaliknya yang berlaku.
"Rata-rata penduduk di sini memberi maklum balas positif malah ramai yang singgah untuk bergambar bersama kereta kebal ini," katanya.
Hasil idea dan kreativiti Mohd Shah Riduwan turut menarik perhatian penduduk Felda Bukit Sagu 1 di sini.
Tambahnya, ada juga yang memuat naik gambar mereka bersama replika yang dihasilkannya itu ke laman sosial dan mendapat komen-komen positif daripada netizen.
"Saya sendiri sebenarnya bangga dengan hasil seni ini dan merancang untuk terus membina replika kereta kebal dengan saiz yang lebih besar pada masa akan datang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Replika kereta kebal
#hari kemerdekaan
#Jalur Gemilang
#Felda Bukit Sagu 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan