awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna dron cuba seludup dadah di penjara

Aida Aziz
Aida Aziz
10/08/2024
04:30 MYT
Guna dron cuba seludup dadah di penjara
Dadah dan dron yang dirampas dalam cubaan untuk menyeludup bahan terlarang itu ke dalam penjara. - Foto PDRM
TAPAH: Satu modus operandi terbaharu dikesan untuk menyeludup dadah di penjara iaitu menggunakan dron.
Kejadian berlaku semalam, Jumaat pada jam 11.30 pagi semasa rondaan anggota Jabatan Penjara Malaysia menemui sebuah dron berwarna putih di atas bumbung blok Aman Penjara Tapah Road.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5 petang daripada kakitangan penjara berpangkat sarjan.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan pengadu telah menjumpai satu beg dobi berisi satu peket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 122 gram dan 2 peket syabu seberat 12.9 gram yang digantung pada dron.
“Berdasarkan siasatan awal mendapati modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk ke dalam penjara menggunakan dron dari luar penjara.
“Ini adalah kes pertama yang diterima. Justeru Polis Perak memandang serius kes-kes melibatkan aktiviti penyeludupan dadah.
“Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh ke atas penjenayah kes penyeludupan dadah terutamanya melibatkan penjara,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39(1) akta sama.
Topic Berkaitan
#dron
#Dadah
#penjara
#Azizi Mat Aris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan