awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna fakta sahih dalam isu sejarah yang dipolemikkan - Nancy

Bernama
Bernama
18/08/2020
11:55 MYT
Guna fakta sahih dalam isu sejarah yang dipolemikkan - Nancy
Nancy berkata perdebatan atau polemik di media sosial adalah positif dan merupakan satu perkembangan yang baik.
Masyarakat perlu menggunakan sumber yang sahih dan fakta yang betul dalam penulisan bagi memperoleh persamaan dan kebenaran dalam isu sejarah yang dipolemikkan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata perdebatan atau polemik di media sosial adalah positif dan merupakan satu perkembangan yang baik namun polemik yang tidak tepat dan tiada kesudahan boleh memberi kesan buruk sekiranya tidak dibincangkan secara beradab, ilmiah dan didukung dengan fakta yang betul.
"Pada hemat saya, adalah menjadi satu keperluan kepada masyarakat untuk memastikan maklumat sejarah yang ditulis adalah tepat dan diperoleh dari sumber yang sahih.
"Ini bagi membolehkan tafsiran yang diberikan mempunyai asas yang jelas serta berwibawa, bukan bersifat emosi dan menjadi tular tanpa asas yang kukuh," katanya ketika berucap pada Majlis Polemik Sejarah Malaysia (MPSM) sesi ke-44 bertemakan 'Institusi Diraja' di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai institusi diraja, beliau berkata institusi itu memainkan peranan yang begitu penting ketika negara berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu.
"Tanggungjawab untuk memelihara keamanan dan kedamaian serta rujukan atau 'semak dan imbang' terutamanya acap kali ditempatkan di bawah lindungan Yang di-Pertuan Agong di peringkat kebangsaan dan Raja-Raja di peringkat negeri," katanya.
Beliau berharap agar MPSM yang dianjurkan Arkib Negara kali ini dapat menghimpunkan buah fikiran dan titik pertemuan daripada pakar sejarah dan ahli akademik selain turut berharap pembentangan, perbincangan dan pandangan para peserta dapat membantu merungkai persoalan berkaitan 'Institusi Diraja'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu
#Malaysia
#Media
#media sosial
#Nancy Shukri
#pelancongan
#sejarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan