awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna helah jual tiket penerbangan harga murah jerat mangsa

Sinar Harian
Sinar Harian
11/05/2022
23:21 MYT
Guna helah jual tiket penerbangan harga murah jerat mangsa
Mohd Kamarudin (gambar kecil) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada apabila membuat transaksi dalam talian kepada individu yang tidak dikenali di media sosial. - Gambar hiasan/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan helah penipuan jualan tiket penerbangan dalam talian yang menawarkan harga lebih murah berbanding harga pasaran.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan siasatan, mangsa dikatakan melayari satu laman sosial memaparkan iklan penjualan tiket penerbangan yang didakwa dikendalikan sebuah agensi pelancongan.
"Mangsa yang tertarik dengan tawaran harga lebih murah berbanding harga pasaran akan membeli tiket penerbangan diiklankan itu.
"Setelah pembayaran dibuat, mangsa gagal memperolehi tiket penerbangan yang dibeli," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak 20 laporan polis diterima membabitkan kerugian sebanyak RM233,954.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tambah beliau, sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati dengan berwaspada apabila membuat sebarang transaksi dalam talian kepada individu yang tidak dikenali di media sosial.
"Elakkan membuat pembayaran ke dalam akaun bank atas nama individu yang berlainan daripada nama penjual.
"Sila semak akaun bank atau nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.
Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559," ujarnya.
* Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jual tiket penerbangan dalam talian
#penipuan
#Mohd Kamarudin Md Din
#iklan di laman sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan