MELAKA: Kaedah menggunakan gerakan koperasi antara langkah boleh diambil kerajaan dalam usaha memerangi 'orang tengah' yang cuba mengambil keuntungan berlebihan, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) berkata langkah tersebut akan 'memotong' beberapa rantaian daripada pengeluar kepada peruncit yang menyebabkan harga barang meningkat.
"Maknanya ada kaedah secara langsung daripada pengeluar, pembungkus macam yang diberikan kepada koperasi, mereka dibenarkan import gula, mereka akan dibenarkan untuk buat pembungkusan kepada peket kecil dan mereka boleh terus mengedar sebagai peruncit melalui rangkaian kedai-kedai koperasi.
"Dan mereka (koperasi) juga memberi jaminan harga antara 15 ke 20 peratus lebih rendah daripada harga sekarang. Ini antara langkah yang akan kita mula laksanakan," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga barangan di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Annuar mengulas mengenai saranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengembalikan usaha jihad memerangi orang tengah yang pernah dilaksanakan lapan tahun lepas.
Perdana Menteri dilaporkan berkata jihad itu perlu diteruskan menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan dengan kerjasama agensi di bawah MAFI seperti mewujudkan pusat pembelian padi, pusat pengumpulan buah-buahan, penambahan pasar tani dan pasar nelayan.
Dalam pada itu, Annuar berkata beliau berpuas hati apabila terdapat pasar raya mula menurunkan harga minyak sawit dalam botol walaupun penetapan harga siling minyak masak botol tidak bersubsidi mula berkuat kuasa, Isnin ini.
"Kita tahu pasar raya seperti Mydin, sudah mula menjual minyak masak dalam botol seberat 5 kilogram (kg) pada harga RM32.70, dan itu satu langkah yang baik, yang saya harap rantaian kedai-kedai lain akan dapat melakukan tindakan yang sama.
"Tak semestinya tunggu 8 Ogos, sebab kita tahu sebahagian daripada stok itu ada juga yang dibeli waktu harga murah, dan saya tak nafikan ada yang dibeli pada waktu harga mahal.
"Tetapi benchmark (tanda aras) RM34.70 telah mengambil kira dua perkara iaitu 'harga purata' pada Julai dan sejumlah premium yang telah ditokok pada harga itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022

Annuar berkata, langkah tersebut akan 'memotong' beberapa rantaian daripada pengeluar kepada peruncit yang menyebabkan harga barang meningkat. - Gambar/ Bernama

Kekang Hackers | Aplikasi khas dalam telefon akan diperkenalkan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memperkenalkan satu aplikasi khas dalam telefon bimbit bagi mengekang penggodam. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata aplikasi keselamatan anti pengodam itu kini digunakan oleh sebuah negara di Eropah.

Bot Karam | Operasi pencarian dua lagi mangsa ditamatkan
Operasi Mencari dan Menyelamat dua lagi mangsa bot karam diperairan Pulau Redang sejak Isnin lalu ditamatkan. Pengarah Maritim Terengganu,Kepten Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata operasi pencarian yang diaktifkan selama empat hari ditamatkan pada jam 7 malam Jumaat susulan pasukan pencarian tidak menemui sebarang pertunjuk.

11 maut dalam tembakan rambang di Montenegro
Serangan tembakan rambang ke arah orang awam, termasuk kanak-kanak, itu dilakukan seorang lelaki berusia 34 tahun.

AWANI Ringkas: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

'Terduduk lihat jenazah isteri'
Motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler sebelum terseret sejauh 10 meter.

Padah cabar polis di TikTok
Hasil daripada beberapa video yang diperoleh menerusi akaun TikTok 'nish V1 buruk', suspek berusia 20 tahun telah ditahan di Sikamat.

Ekonomi UK menyusut buat kali pertama sejak pandemik COVID-19
Ekonomi Britain menyusut 0.1 peratus pada suku kedua 2022, menandakan penguncupan pertama sejak pandemik COVID-19, berdasarkan data awal oleh pejabat perangkaan negara pada Jumaat.

Prosedur bedah siasat, penyimpanan mayat warga emas dilapor hilang ikut polisi KKM
Prosedur tersebut telah dimaklumkan secara lisan kepada waris yang hadir semasa proses pengecaman.

49 individu beragama Islam ditahan minum arak
DBKL turut mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta-merta dan sita peralatan terhadap sebuah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

Kes terowong dasar laut: 'Saya minta balik RM19 juta' - Saksi
Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd beritahu mahkamah beliau cuba mendapatkan semula RM19 juta yang diberikan kepada orang tengah, yang didakwa rapat dengan Najib.

Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah'
Angkasa mempunyai database dengan hampir 10 juta pengguna dan ia diyakini mampu menawarkan harga barangan yang lebih baik kepada pengguna.

Guna koperasi perangi orang tengah cuba ambil untung lebih - Annuar
Kaedah menggunakan gerakan koperasi antara langkah boleh diambil kerajaan dalam usaha memerangi 'orang tengah, kata Annuar Musa.

Isu orang tengah antara dibincang pada mesyuarat pertama Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi
Kerajaan tidak boleh membiarkan kuasa pasaran begitu sahaja sebaliknya akan membuat intervensi tertentu.

Hapuskan peranan orang tengah dalam sektor pertanian - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar budaya 'orang tengah' dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat.

JTDL elak jual hasil pertanian guna orang tengah - MAFI
Pemasaran secara terus itu dapat memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan hasil pertanian pada harga yang jauh lebih murah.

Bekas Datuk Bandar dibebaskan daripada reman
Suspek turut diperintahkan hadir melapor diri pada tarikh yang ditetapkan di pejabat SPRM setiap bulan.

PM yakin MBM akan terus bekerjasama dengan kerajaan
Ia penting bagi memastikan suara generasi muda didengari serta diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan.

WHO beri amaran tentang harga melampau vaksin, produk COVID-19 tidak capai piawaian
Setiap negara harus membeli secara langsung daripada pengilang atau menghubungi pengilang untuk memastikan bahawa perantaraan itu sah.

Pas sedia jadi orang tengah selesai isu UMNO-Bersatu - Dewan Ulama
Pas bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).