Sudahlah guna motosikal ibu bapa tanpa kebenaran, ditunggang pula untuk perlumba haram.
Itu yang dilakukan sekumpulan remaja bawah umur yang akhirnya diberkas dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Grandsaga Cheras, Kajang, malam Sabtu.
Operasi Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang bersama tiga pegawai dan 23 anggota itu turut menyekat seketika kedua-dua hala laluan kumpulan remaja berkenaan.
Operasi bermula jam 9.30 malam tadi berhasil dengan 113 buah motosikal ditahan untuk pemeriksaan.
Selain itu, polis turut melalukan pemeriksaan badan terhadap 123 individu terbabit.
Apabila ditanya mengapa mereka menggunakan motosikal ibu bapa, pelbagai alasan telah diberikan.
“Motosikal ini milik saya sendiri, dibelikan ibu dan bapa saya. Mereka tahu saya keluar pagi ini bersama rakan-rakan saya,” kata salah seorang suspek bawah umur.
Dalam operasi itu, 157 saman dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan, antaranya nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tidak memiliki lesen pemandu dan mengubah suai kenderaan.
Sebanyak 10 buah motosikal pula disita dan 14 individu turut diarah melakukan ujian saringan air kencing.
Operasi tersebut berakhir pada jam 7 pagi Ahad.
Astro Awani
Sun Apr 14 2019

Antara remaja bawah umur yang didapati terlibat dalam kegiatan lumba haram tersebut. - Foto Astro AWANI

Google Messages kini punyai 1 bilion pengguna dengan ciri RCS diaktifkan
Ciri RCS adalah kebolehan menghantar mesej yang diperkaya dengan pelbagai elemen baharu, dan bukan teks semata-mata seperti SMS.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kertas Putih Gaji Progresif: Apa yang menarik?
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkongsi pandangan beliau berkenaan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada Khamis.

Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.

Guna motosikal bapa untuk lumba haram, remaja bawah umur ditahan
157 saman dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan, antaranya nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan tidak memiliki lesen pemandu.