awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna pencuci lantai ganti 'sanitiser', menteri arah polis tangkap

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2020
10:52 MYT
Guna pencuci lantai ganti 'sanitiser', menteri arah polis tangkap
Guna pencuci lantai? Itu hanya akan menimbulkan masalah lain pada penggunanya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana premis yang menggunakan cecair pencuci lantai atau bahan-bahan lain sebagai ganti kepada cecair pembasmi kuman (sanitiser).
Beliau berkata perbuatan dilakukan premis terbabit bukan saja suatu penipuan tetapi juga akan membahayakan kesihatan pengguna.
"Kita tidak boleh berkompromi dengan perkara ini kerana macam-macam kesan buruk akan berlaku sekiranya menggunakan cecair pencuci lantai.
"Jadi saya meminta polis mencari dan menangkap mereka yang berbuat sedemikian," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
Baru-baru ini, seorang peniaga di Jempol, Negeri Sembilan menggunakan pencuci lantai sebagai cecair pembasmi kuman kepada pelanggannya untuk berjimat.
Bagaimanapun, tindakan peniaga itu dihidu polis yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan( PKPP ) bersama agensi lain sekitar daerah ini.
Berikutan tindakannya itu, peniaga berkenaan dikenakan kompaun RM1,000.
Topic Berkaitan
#cecair pembasmi kuman
#PKPP
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#perintah kawalan pergerakan
#Polis Diraja Malaysia
#ismail sabri yaakob
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan