awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna Qunut Nazilah untuk kebaikan, kesejahteraan umat Islam - Zulkifli

Bernama
Bernama
31/07/2025
15:00 MYT
Guna Qunut Nazilah untuk kebaikan, kesejahteraan umat Islam - Zulkifli
Dr Zulkifli berkata nasihat dan panduan berkaitan penggunaan doa itu juga telah dikeluarkan pihak berautoriti seperti mufti serta ulama. - Gambar fail/Bernama
BUKIT MERTAJAM: Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan doa khususnya Qunut Nazilah untuk memohon kebaikan dan kesejahteraan umat Islam serta negara dan bukan kerana perbezaan politik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata nasihat dan panduan berkaitan penggunaan doa itu juga telah dikeluarkan pihak berautoriti seperti mufti serta ulama.
"Sebelum ini sudah berlaku (bacaan Qunut Nazilah dalam perhimpunan kerana perbezaan politik) dan kita telah memberikan nasihat. Ia tidak patut berlaku lagi kerana apa kita diajarkan dalam Islam ialah adab serta etika berdoa.
"Kita juga telah keluarkan nasihat termasuk daripada jabatan mufti dan nasihat ulama (yang) satu suara doa ini (Qunut Nazilah) baik kita mohon kebaikan kepada saudara atau negara kita serta kepada mereka yang ditindas Israel," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zulkifli ditemui selepas menghadiri Seminar Maqasid Syariah Tahun 2025 Peringkat Pulau Pinang yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid.
Zulkifli berkata pihaknya juga mengambil maklum berhubung syor supaya amalan membaca doa Qunut Nazilah dengan motif perbezaan politik dibincangkan pada peringkat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
"Buat masa ini, kita lihat dulu perkembangan semasa (apabila nasihat sudah diberikan). Jadi sekiranya ada keperluan (dibawa ke MKI supaya ada satu ketetapan) kita akan lihat nanti," katanya.
Sebelum ini, Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil menasihati semua pihak agar menjaga adab serta tidak menyalahgunakan doa khususnya Qunut Nazilah dalam mana-mana majlis atau perhimpunan, termasuk yang melibatkan perbezaan pandangan politik.
Nasihat itu susulan tular satu klip video melibatkan bacaan doa oleh seorang individu semasa satu perhimpunan baru-baru ini, yang didakwa menggunakan lafaz tidak wajar ketika menyampaikan Qunut Nazilah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#qunut nazilah
#baccan doa
#pandangan politik
#Jabatan Mufti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan