awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna tablet Cytotec untuk gugur kandungan boleh bawa maut - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
22/09/2014
23:54 MYT
Guna tablet Cytotec untuk gugur kandungan boleh bawa maut - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar Fail
Tablet Cytotec yang disalah guna untuk tujuan lain seperti menggugurkan kandungan boleh membawa maut, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata produk yang didapati dijual secara haram itu mengandungi Misoprostol 200 mcg yang dikelaskan sebagai Racun Jenis B dan hanya boleh diperoleh di klinik swasta atau dengan preskripsi di farmasi.
"Kegunaan utama tablet ini yang didaftarkan adalah untuk merawat ulcer dan penggunaannya selain daripada untuk rawatan ulcer boleh membawa maut dan tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan Isnin.
Tablet Cytotec merupakan produk berdaftar bernombor MAL19890225AR dengan pemegang pendaftaran adalah Pfizer (M) Sdn Bhd.
Beliau berkata syarikat Zuellig Pharma (M) Sdn Bhd yang dilantik untuk mengedarkan produk itu hanya boleh menjual tablet Cytotec kepada klinik perubatan swasta dan farmasi.
"Penjualan produk ini hanya dilakukan syarikat yang dilantik oleh pemegang pendaftaran," kata Dr Noor Hisham sambil menambah Kementerian Kesihatan tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau orang perseorangan sebagai agen bagi produk yang didaftarkan.
Beliau menasihati orang ramai untuk tidak membeli produk itu melalui Internet atau orang perseorangan kerana ia menyalahi undang-undang selain ketulinan dan kesahihan produk juga diragui.
Orang awam boleh membuat aduan terus kepada kementerian supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab membahayakan kesihatan awam, katanya.
Topic Berkaitan
#Hisham Abdullah
#kandungan
#Misoprostol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan