awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunakan MyTax, pusat sehenti segala urusan berkaitan cukai pendapatan

Israr Khalid
Israr Khalid
13/02/2023
22:30 MYT
Gunakan MyTax, pusat sehenti segala urusan berkaitan cukai pendapatan
MOHD NIZOM: Tak perlu pergi ke macam-macam tempat, di MyTax boleh buat pelbagai perkara. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempunyai platform MyTax, aplikasi yang menjadi ‘gerbang’ bagi segala urusan berkaitan untuk dijalankan secara dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata, MyTax membolehkan para pembayar cukai membuat ‘e-filing’ dan pelbagai urusan lagi di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
“Tak perlu pergi ke macam-macam tempat. Di MyTax, boleh buat pelbagai perkara daripada ‘e-filing’ kepada semak baki dalam lejer dan melihat kalau ada surat-menyurat daripada LHDN. Semuanya ada di situ.
“Ia sebagai satu pusat sehenti untuk urusan cukai pendapatan individu dan syarikat, boleh dimuat turun aplikasinya di dalam peranti mudah alih,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan pembayar cukai sekali lagi berhubung tarikh tutup penghantaran borang tuntutan potongan cukai dan rebat.
Tarikh akhir bagi individu ialah 30 April, bagi perniagaan individu 30 Jun, sementara bagi perniagaan syarikat, tujuh bulan selepas tarikh tutup akaun.
Gunakan MyTax, pusat sehenti segala urusan berkaitan cukai pendapatan
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#pusat sehenti
#MyTax
#urusan cukai dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan