awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru agama bunuh janda kerana bosan didesak berkahwin

Bernama
Bernama
06/05/2015
13:22 MYT
Guru agama bunuh janda kerana bosan didesak berkahwin
Seorang janda beranak empat dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu pagi tadi. -Gambar hiasan
Seorang janda beranak empat dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata mangsa yang dikenali sebagai Nur Salina Nazir, 34, dilapor menjalankan perniagaan dalam talian.
"Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa.
"Soal siasat mendapati suspek yang berusia 29 tahun membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya," katanya.
Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta masih bujang. Pihak polis masih belum menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, katanya.
Topic Berkaitan
#bunuh
#desak
#guru agama
#janda
#kahwin
#Supramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan