awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru berusia 50 tahun ditahan cabul tiga murid

Bernama
Bernama
04/08/2016
02:50 MYT
Guru berusia 50 tahun ditahan cabul tiga murid
Mangsa memberitahu suspek melakukan perbuatan itu terhadap mereka di makmal komputer sekolah. - Gambar hiasan
Seorang guru berusia 50 tahun di sebuah sekolah di Jerteh, ditahan polis setelah ibu bapa pelajar membuat aduan anak mereka dicabul Isnin lalu.
Kesemua ibu bapa kepada tiga pelajar berumur antara 9 dan 10 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Jerteh pada Selasa lepas setelah anak mereka mengadu tentang perbuatan suspek terbabit.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika mengesahkan kejadian itu berkata pada awalnya kesemua ibu bapa menemui guru besar sekolah berkenaan untuk membuat aduan namun akhirnya bersepakat membuat laporan polis.
"Polis menahan suspek di sekolahnya kira-kira pukul 3 petang dan berdasarkan temu bual awal, kesemua mangsa memberitahu suspek telah melakukan perbuatan kurang sopan itu terhadap mereka semasa berada di makmal komputer sekolah itu," kata Mohd Zamri kepada pemberita di sini hari ini.
Guru terbabit didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan negatif dadah.
Beliau berkata kesemua mangsa akan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, untuk pemeriksaan lanjut.
Topic Berkaitan
#cabul pelajar
#guru cabul murid
#kes polis
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan