awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam

Guru besar didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki

Bernama
Bernama
11/09/2025
06:30 MYT
Guru besar didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Muhammad Aswadi Yah dibawa ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini. - Gambar/ Bernama
PASIR MAS: Seorang mudir atau guru besar sekolah pondok didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki serta memiliki gambar lucah.

Ringkasan AI
  • Seorang mudir sekolah pondok didakwa atas enam pertuduhan amang seksual terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun dan satu pertuduhan memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit.
  • Kesalahan didakwa berlaku antara Jun hingga Ogos 2024 di Kampung Kubang Batang, Tumpat, dan tertuduh berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM45,000 dengan syarat tambahan, dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 November; pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan.

Muhammad Aswadi Yah, 46, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki yang kini berusia 16 tahun, di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Tumpat, antara 7 hingga 7.30 pagi sejak Jun 2024 hingga Ogos lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketujuh, dia didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya pada 29 Ogos lalu, kira-kira 4 petang, di lokasi sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM45,000 dengan seorang penjamin, serta menetapkan syarat tambahan supaya tidak mengganggu saksi dan melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 11 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amang seksual
#Guru Besar
#sekolah pondok
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.