awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru Besar maut, motosikal langgar Alza terbabas, berpusing

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
15/11/2022
05:35 MYT
Guru Besar maut, motosikal langgar Alza terbabas, berpusing
Mangsa, Mohd Erilzuddin Affendi Mohd Amir yang merupakan penunggang motosikal Jenis Honda Vario disahkan maut di tempat kejadian. - Foto PDRM
KAMPAR: Seorang Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta jenis Perodua Alza di kilometer (km) 23.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Mangsa, Mohd Erilzuddin Affendi Mohd Amir, 45, merupakan penunggang motosikal Jenis Honda Vario disahkan maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 7.40 pagi.
Katanya hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku selepas kereta Perodua Alza yang datang dari arah Kampar ke Ipoh hilang kawalan sebelum berpusing dan memasuki arah bertentangan.
“Ketika pihak polis tiba di lokasi kejadian mendapati kedua-dua kenderaan terbabit berada di bahu jalan menghala ke Kampar.
“Berdasarkan kedudukan kedua-dua kenderaan, kereta Perodua Alza dipercayai datang dari arah Kampar menuju ke Ipoh, sementara motosikal datang dari arah bertentangan.
“Ketika di lokasi kejadian, Perodua Alza berkenaan telah berpusing dan masuk ke laluan bertentangan di mana motosikal itu sedang bergerak menghala ke Kampar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kemalangan berlaku selepas kereta Perodua Alza yang datang dari arah Kampar ke Ipoh hilang kawalan sebelum berpusing dan memasuki arah bertentangan. - Foto PDRM
Kemalangan berlaku selepas kereta Perodua Alza yang datang dari arah Kampar ke Ipoh hilang kawalan sebelum berpusing dan memasuki arah bertentangan. - Foto PDRM
Tambah Nazri, penunggang motosikal, Mohd Erilzuddin disahkan maut di tempat kejadian sementara pemandu Perodua Alza, Hani Bahiyah Bahari, 42 telah dibawa ke Hospital Kampar untuk menerima rawatan lanjut.
Katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa akan dijalankan pada jam 3 petang hari ini di Jabatan Forensik Hospital Kampar," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#guru besar maut
#nahas Kampar
#SK Sahom
#Peridua hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan