KOTA KINABALU: Rumah guru di kawasan pedalaman yang usang bukan saja menyentuh hati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan tetapi sekali gus menarik perhatian beliau untuk menyuarakan perkara itu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kali ini.
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
"Secara spesifikِnya daripada guru-guru di Meligan.ِ Saya faham ini adalah tanggungjawab kerajaan Pusat.ِ Bagaimanapun, saya ingin menyampaikan hasrat mereka.
"Antaranya, rumah guru yang sangat usang.ِ Gambar yang dihantar kepada saya memang sangat menyentuh hati.ِ Melihat keadaan ini saya bolehِ bayangkan bagaimana keadaan kualiti hidup pendidik di luar bandar.
"Ditambah pula, sebahagian keadaan jalan yang sangat teruk,ِ sebahagiannya talian telekomunikasi juga dalam keadaan tidak baik," katanya dalam ucapan dasar kerajaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Selasa.
Sehubungan itu, Aliakbar berkata, beliau ingin menarik perhatian DUN Sabah dengan mencadangkan beberapa perkara untuk membantu golongan pendidik tersebut.
"Guru-guru ini sedang berkorban untuk melahirkan generasi berilmu. Jadi saya ingin mencadangkan beberapa perkara iaitu membaiki rumah yang usang untuk guru.
"Kedua, memberikan elaun tambahan kerana kenderaan mereka selalu rosak bukan sahaja untuk masuk mengajar tetapi juga membawa pelajar untuk sukanِ atau apa-apa aktiviti luar," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 23 2024
Antara gambar keadaan rumah guru di pedalaman yang diterima Aliakbar.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.