awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong mahu RMK13 fokus kesejahteraan rakyat
Titah Agong padat, pelbagai perkara penting boleh dibahas Ahli Parlimen - Ahmad Zahid
Pegawai kanan imigresen didakwa terima rasuah RM140,000 lepas kemasukan 56 warga Bangladesh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru didakwa gunting tudung pelajar dipindahkan ke sekolah lain - Pengarah Pendidikan Sabah

Sinar Harian
Sinar Harian
19/01/2026
05:00 MYT
Guru didakwa gunting tudung pelajar dipindahkan ke sekolah lain - Pengarah Pendidikan Sabah
Menurut satu hantaran yang tular, beberapa pelajar perempuan telah digunting tudung mereka atas alasan tidak labuh.
KOTA KINABALU: Guru yang didakwa menggunting tudung pelajar di sebuah sekolah menengah di Lahad Datu, pada Jumaat lalu telah dipindahkan ke sekolah lain.

Ringkasan AI
  • Guru yang didakwa menggunting tudung pelajar di sebuah sekolah menengah di Lahad Datu telah dipindahkan ke sekolah lain melalui tindakan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lahad Datu.
  • Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, menyatakan guru tersebut telah memohon maaf kepada ibu bapa murid, dan PPD Lahad Datu telah menukarkan guru berkenaan ke sekolah lain sementara murid kekal di sekolah tersebut.
  • Raisin menyeru agar guru dan pelajar sentiasa berhemah serta mematuhi peraturan sekolah berdasarkan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia demi kebaikan murid, serta berharap insiden serupa tidak berulang di sekolah lain.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, tindakan tersebut diambil melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lahad Datu.
"Guru tersebut telah memohon maaf kepada ibu bapa murid berkenaan dan PPD Lahad Datu mengambil tindakan menukarkan guru berkenaan ke sekolah lain manakala murid kekal di sekolah tersebut.
"Guru tersebut juga telah menggantikan tudung murid yang digunting," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu tular seorang guru didakwa mengambil tindakan menggunting tudung pelajar yang dikatakan tidak cukup labuh.
Sehubungan itu, Raisin menyeru agar guru sentiasa berhemah dalam tindakan dengan mempertimbangkan pelbagai faktor seperti kemampuan ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
"Pada masa yang sama saya juga menasihatkan pelajar supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan oleh pihak sekolah.
"Semua peraturan yang dilaksanakan berdasarkan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memberi kebaikan kepada murid.
"Saya juga berharap perkara ini tidak berlaku di sekolah lain," tegasnya.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan isu tular tersebut apabila ada sebahagian ibu bapa meluahkan rasa tidak puas hati berhubung tindakan guru tersebut.
Berdasarkan hantaran yang tular, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada Jumaat iaitu hari kelima sesi persekolahan 2026 bermula.
Menurut dakwaan dalam hantaran berkenaan, beberapa pelajar perempuan telah digunting tudung mereka atas alasan tidak labuh.
Bagaimanapun, tindakan tersebut disifatkan sebagai memalukan dan memberi kesan emosi kepada pelajar yang terlibat.
Malah ibu bapa turut meluahkan rasa kecewa dalam hantaran itu yang mendakwa tindakan berkenaan bukan sahaja tidak wajar, malah dianggap merosakkan harta benda serta menyinggung perasaan pelajar. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes tular
#guru gunting tudung pelajar
#Sabah
#guru dipindah sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan