awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
Konflik Ukraine-Rusia: Zelensky kata akan bertemu Trump dalam masa terdekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru Kemas berpolitik amalan lama, tidak timbul masalah

Bernama
Bernama
24/01/2022
20:20 MYT
Guru Kemas berpolitik amalan lama, tidak  timbul masalah
Mahdzir berkata isu pembabitan guru dalam politik bukanlah perkara baharu sama ada berpihak kepada kerajaan atau parti pembangkang. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Kebenaran kepada guru tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) terlibat dalam politik dilihat tidak akan menimbulkan banyak masalah kerana ianya telah diamalkan sebelum ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata hal ini kerana guru dan penyelia Kemas bukanlah daripada kategori gred DG berbanding guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mempunyai struktur perjawatan yang membabitkan jawatan di peringkat pengurusan.
"Sebenarnya dari dahulu lagi guru-guru boleh terlibat dengan politik," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata isu pembabitan guru dalam politik bukanlah perkara baharu sama ada berpihak kepada kerajaan atau parti pembangkang.
Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan guru sekolah di seluruh negara serta petugas Kemas dibenarkan untuk berpolitik, berkuat kuasa serta-merta.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru berpolitik
#Kemas
#Mahdzir Khalid
#amalan lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan