HULU TERENGGANU: Seorang guru maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabas dalam kejadian di susur selekoh hentian rehat dan rawat (R&R) Ajil di Kilometer 411.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, mangsa, Sohaimi Karim, 54, yang menunggang motosikal jenis Suzuki GSR 750 cedera parah pada bahagian dada.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa yang merupakan Guru Penolong Kanan (Kokurikulum) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ubai, Pekan, Pahang ketika itu bertolak dari arah Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu menuju ke Pekan.
"Hasil siasatan mendapati mangsa menunggang seorang diri dari Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu pada jam 2 petang menuju ke Pekan.
"Sebaik tiba di susur berselekoh ke R&R Ajil, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebelah kanan pembahagi jalan menyebabkan mangsa tercampak dan terjatuh ke kawasan berumput," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Mohd Adli berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.44 petang.
"Mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk saringan COVID-19 dan bedah siasat.
"Kes ini diklasifikasikan sebagai terbabas sendiri dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," kata beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 04 2021
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabas di susur selekoh R&R Ajil di Kilometer 411.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Hulu Terengganu pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
Sempena Hari Pekerja, PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Temui ajal ketika cuba bantu mangsa kemalangan
Niat murni seorang pemandu lori membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di LPT2.
Kanak-kanak maut nahas dua kenderaan
Nahas membabitkan kereta Perodua Kancil dan Perodua Alza di kilometer 323.4 kira kira jam 8 malam pada Isnin.
Peniaga maut elak langgar kereta tukar laluan secara mengejut
Seorang peniaga maut manakala isterinya cedera apabila kereta dipandu terbabas dalam kejadian di Kilometer 314.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini pada petang Rabu.
Pekebun maut motosikal terbabas di LPT2
Motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan terseret sejauh 50 meter.
Tiga penunggang motosikal maut kemalangan di LPT2
Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Shah Run Nizam Jaafar, 20, Muhammad Fitri Hanif Rohami, 18, dan Ahmad Osama Ramadhan Laidin, 20.
Peserta RXZ Members 5.0 maut kemalangan di LPT2
Seorang peserta program RXZ Members 5.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 255.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), selepas Plaza Tol Jabor, sekitar 11.51 pagi tadi.
Tiga sekeluarga termasuk bayi dua bulan maut nahas
Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail, ibunya Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin dan neneknya Noreha Mohamed, meninggal dunia.
Suami isteri warga emas maut kemalangan di LPT2
Dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi, Mohd Ghani dan Minah, dari Kampung Tok Rimau di Kuala Terengganu, maut di tempat kejadian.
Jenazah tiga beranak nahas di LPT2 dikebumi satu liang lahad
Jenazah Zahidah Hanisah bersama suami, Mohd Riduan, dan anak mereka, Raudhatul Khayra, dikebumi kira-kira jam 7.30 malam.
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera parah dalam nahas di LPT2
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik.