awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga penunggang motosikal maut kemalangan di LPT2

Bernama
Bernama
06/10/2023
04:56 MYT
Tiga penunggang motosikal maut kemalangan di LPT2
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut. - Gambar hiasan
DUNGUN: Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan enam motosikal di Kilometer 333.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), arah Kuantan dekat susur keluar Paka, 12 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Maizura Abdul Kadir berkata mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Shah Run Nizam Jaafar, 20, Muhammad Fitri Hanif Rohami, 18, dan Ahmad Osama Ramadhan Laidin, 20. Kesemuanya maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.
Katanya tiga penunggang motosikal yang cedera ialah Muhammad Firzani Hilman Ariffadhillah, 20, Muhammad Haziq Haikal Ismail, 17, dan Muhammad Afiq Kamal, 19, yang cedera parah di kaki kanan.
Maizura berkata kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang Muhammad Firzani dari arah Paka ke Kemaman dilanggar motosikal lain dari arah belakang sehingga menyebabkan mangsa terbalik di atas jalan.
"Sekumpulan motosikal yang datang dari arah belakang dipercayai cuba mengelak satu sama lain pada awalnya, tetapi gagal sehingga menyebabkan pelanggaran.
"Pelanggaran itu menyebabkan tiga daripada motosikal terbabit merempuh pembahagi jalan dan (mangsa) tercampak ke atas jalan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Maizura kesemua mangsa yang terlibat dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kemaman selepas selesai menikmati nasi lemak di Hentian Rawat Rehat (RR) Paka.
Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis meminta saksi kejadian menghubungi balai berdekatan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#LPT2
#kemalangan enam motosikal
#Hospital Dungun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan