awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga maut elak langgar kereta tukar laluan secara mengejut

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2023
04:29 MYT
Peniaga maut elak langgar kereta tukar laluan secara mengejut
Nahas dipercayai berlaku ketika mangsa cuba mengelak terlanggar sebuah lagi kereta yang mengubah laluan kerana mengelak sekumpulan monyet di atas jalan. - Gambar/ Sinar Harian
KEMAMAN: Seorang peniaga maut manakala isterinya cedera apabila kereta dipandu terbabas dalam kejadian di Kilometer 314.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini pada petang Rabu.
Insiden berlaku pada jam 6.10 petang itu menyebabkan Tengku Shaharulhisham Tengku Yahya, 52, dari Taman Alam Perdana, Cukai, di sini meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, nahas dipercayai berlaku ketika mangsa cuba mengelak dari terlanggar sebuah lagi kereta yang mengubah laluan kerana mengelak sekumpulan monyet di atas jalan.
Menurutnya, isteri mangsa, Nor Azlina Hamzah, 44, mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri dan kaki kanan.
Tambahnya, seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 41 tahun yang memandu Volkswagen tidak mengalami kecederaan.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa bersama isteri yang menaiki Perodua Myvi dalam perjalanan ke kedainya yang terletak di Bandar Dungun.
"Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Volkswagen dipandu wanita yang berada di lorong sebelah kiri jalan dikatakan mengubah ke lorong kanan kerana mengelak sekumpulan monyet di lorong kiri.
"Berikutan itu, kereta dipandu mangsa merempuh bahagian belakang kereta Volkswagen sebelum terbabas ke kiri jalan lalu melanggar besi penghadang jalan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Menurut Hanyan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#elak monyet
#LPT2
#peniaga maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan