Skip to main content

Malaysia

'Guru minta izin nyanyi kejap ok!' - PM Anwar curi perhatian, dendang lagu klasik Kishore Kumar di Gala BRICS

Guru mintak izin nyanyi kejap ok! -- FB Anwar Ibrahim
Aksi santai itu berlangsung pada majlis makan malam gala yang dianjurkan Perdana Menteri India, Narendra Modi, di Bharat Mandapam, New Delhi. - Foto X/Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian pada majlis makan malam gala BRICS di New Delhi apabila secara spontan mendendangkan lagu klasik Bollywood, Khwab ho tum ya koi haqeeqat, nyanyian legenda India, Kishore Kumar.

Aksi santai itu berlangsung pada majlis makan malam gala yang dianjurkan Perdana Menteri India, Narendra Modi, di Bharat Mandapam, New Delhi.

Anwar kemudiannya berkongsi rakaman persembahan berkenaan menerusi platform X, sambil terlebih dahulu meminta izin untuk menyumbangkan suara buat seketika.

 



Dalam suasana penuh kemeriahan itu, alunan lagu popular berkenaan menambah warna pada majlis yang menghimpunkan pemimpin serta delegasi negara anggota BRICS.

Persembahan spontan Anwar turut memperlihatkan sisi santai beliau di sebalik padatnya agenda diplomatik dan perbincangan peringkat tinggi sepanjang menghadiri acara berkenaan.

Khwab ho tum ya koi haqeeqat yang bermaksud “adakah kamu mimpi atau satu kenyataan” merupakan antara lagu popular yang pernah didendangkan Kishore Kumar, antara nama besar dalam sejarah muzik Bollywood.

Kemunculan Anwar dengan lagu klasik berkenaan juga memberikan sentuhan budaya yang unik pada majlis berkenaan, sekali gus mencetuskan suasana lebih mesra dalam pertemuan pemimpin dunia.

Video persembahan itu mengabadikan detik santai yang berbeza daripada kebiasaannya sebagai pemimpin negara dalam acara rasmi antarabangsa.

 

 

Must Watch Video

Advertisement